Page 79 - Laporan Tahunan 2015 DOSM
P. 79
LAPORAN TAHUNAN 2015 77
JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA
09 Sukan Zon Selatan Anjuran JP Johor Sukan antara Zon, 10
3-5 September 2015,
29 – 31 Julai 2015,
Kompleks Educity, Nusajaya, Johor Kuantan, Pahang
g. aktiviti-aktiviti lain
Mesyuarat Terhimpun PUSPANITA Kali Ke-20
Mesyuarat Terhimpun PUSPANITA Cawangan Kecil Jabatan Perangkaan Malaysia (CKJPM) Kali ke-20
telah diadakan pada 27 Januari 2015 di Dewan Anggerik, Aras 2, Jabatan Perangkaan Malaysia. Majlis
dimulakan dengan ucapan aluan daripada YBhg. Datin Hjh. Wan Azizon binti Ahmad, Pengerusi PUSPANITA
CKJPM. Seterusnya, mesyuarat ini dirasmikan oleh YBhg. Datuk Dr. Hj. Abdul Rahman bin Hasan, Ketua
Perangkawan Malaysia. Majlis ini turut dihadiri oleh pihak Pengurusan Atasan Jabatan serta Pengarah
Kanan/Pengarah Bahagian.
Mesyuarat Terhimpun telah dimulakan dengan pembentangan Laporan Tahunan Aktiviti dan Kewangan bagi
tahun 2013 dan 2014. Seramai 200 orang ahli telah hadir dan pemilihan calon Ahli Jawatankuasa bagi sesi
2015/2017 telah dilaksanakan. Jualan Amal yang disertai oleh ahli-ahli PUSPANITA CKJPM turut diadakan
di ruang legar Dewan Anggerik.
Sesi Bersama Perangkawan Semasa Kolokium di Institut Latihan
Statistik Malaysia (ILSM)
Sesi ini telah diadakan pada 27 Oktober 2015 bertempat di Dewan Omega, ILSM. Sesi ini dirasmikan oleh
YBrs. Presiden PPJPM dengan kehadiran melebihi 100 perangkawan dari Negeri, Bahagian dan Kementerian/
Jabatan lain. Objektif sesi ini adalah untuk merapatkan hubungan dalam kalangan Perangkawan daripada
pelbagai gred melalui interaksi secara santai dan juga jamuan makan malam.

