Page 80 - Laporan Tahunan 2015 DOSM
P. 80
78 LAPORAN TAHUNAN 2015
JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA
Mesyuarat Agung Tahunan
PPJPM 2015 & Sesi Bicara
Eksklusif
Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Perangkawan
Jabatan Perangkaan Malaysia (PPJPM) 2015 telah
diadakan pada 13 April 2015 di Dewan Anggerik, Jabatan
Perangkaan Malaysia. Mesyuarat ini bertujuan untuk
membentangkan Laporan Tahunan Jawatankuasa
2014/2015, prestasi kewangan persatuan bagi tahun
berakhir 31 Disember 2014 dan pembentangan usul
daripada ahli persatuan.
Pada hari yang sama juga telah diadakan Sesi Bicara
Eksekutif bertajuk Oil Price Uncertainties: Impact
on GDP Growth and Government Financial Position.
Sesi ini telah disampaikan oleh Encik Lim Seng Gim
daripada Kementerian Kewangan dan telah dihadiri
oleh seramai 170 orang perangkawan.
Majlis Alumni DOSM 2015
Majlis Alumni DOSM 2015 telah diadakan dengan
jayanya pada 30 Mei 2015 di Putrajaya International
Convention Centre (PICC). Majlis ini dihadiri oleh 230
warga Jabatan dan juga alumni Jabatan Perangkaan
Malaysia. Objektif majlis ini diadakan adalah
untuk merapatkan ukhwah sesama anggota yang
telah bersara dan masih berkhidmat di samping
penubuhan Jawatankuasa Alumni Jabatan.
Majlis yang julung kali diadakan ini adalah kerjasama
antara Persatuan Perangkawan Jabatan Perangkaan
Malaysia (PPJPM), Persatuan Penolong Pegawai
Perangkaan Jabatan Perangkaan Malaysia (PPPJPM)
dan Kesatuan Pembantu Perangkaan (KEPP-STATS).
Sehari Memartabatkan Al-Quran
Program ini dianjurkan secara bersama oleh PUSPANITA
CKJPM dan Persatuan Kebajikan Islam Statistik
(PERKISA) yang diadakan pada 10 Julai 2015 di Dewan
Anggerik, Aras 2, Jabatan Perangkaan Malaysia. Program
secara tahunan ini bersempena meraikan peserta tadarus
yang telah berjaya mengkhatam Al-Quran sepanjang
bulan puasa bermula pada 18 Jun 2015 sehingga 3 Julai
2015. Seramai 400 orang peserta telah terlibat di mana
250 orang adalah ahli PUSPANITA. Antara pengisian
program adalah ceramah, bacaan surah-surah lazim dan
doa khatam Al-Quran. Program bermula pada pukul 9.00
pagi sehingga 3.00 petang.

