Page 53 - Buletin JPP Lmuharib'IIS Edisi Disember
P. 53
DISEMBER 2021
PERANCANGAN AKTIVITI 7 BUDAYA
IPG
Anjuran Jawatankuasa Perwakilan Pelajar sesi 2021/2022
Tarikh : 13 Disember 2021
Program ini merupakan program anjuran Jawatankuasa Perwakilan
Pelajar sesi 2021/2022 yang diadakan untuk kesemua siswa guru PISMP
dan PPISMP pada hari Jumaat di bilik kuliah masing-masing setelah
selesainya program bacaan yassin di masjid An-Nur. Tujuan program ini
dilaksanakan adalah untuk membincangkan aktiviti 7 budaya IPG iaitu
budaya ilmu, budaya penyayang, budaya kepimpinan, budaya kerja
profesional, budaya akhlak dan moral, budaya hidup sihat, dan juga
budaya estetika. Setiap kelas akan memilih satu budaya untuk
dibincangkan bersama kesemua ahli kelas sebagai persiapan program
pada minggu hadapan.Setelah perbincangan perancangan selama satu
jam ini berakhir, para siswa dan siswi guru kemudiannya pulang semula
ke kolej kediaman masing-masing.

