Page 52 - Buletin JPP Lmuharib'IIS Edisi Disember
P. 52
NOVEMBER 2021
TAKLIMAT DAN PERLANTIKAN
JAWATANKUASA KOLEJ KEDIAMAN
PELAJAR
30 November 2021
Aktiviti ini diadakan pada hari selasa dan berakhir pada jam 10:30 malam.
Aktiviti ini dimulakan dengan ucapan ketua warden iaitu ustaz Wan Azmi bin
Wan Omar dan kemudiannya diteruskan dengan sesi ta’aruf bersama warden
-warden yang lain. Setelah sesi ta’aruf ini berakhir, ustaz Wan Azmi bin Wan
Omar kemudiannya memberikan taklimat mengenai peraturan-peraturan di
kolej kediaman. Beliau menjelaskan bahawa siswa dan siswi guru yang
melanggar peraturan akan berjumpa semula dengan beliau untuk
mendengar peraturan yang dibacaka tersebut semula. Acara terakhir pada
malam tersebut pula ialah perlantikan jawatankuasa kolej kediaman
2021/2022 bagi siswa guru di kediaman wisma semarak dan siswi guru di
kediaman wisma alamanda melalui undian siswa dan siswi guru.

