Page 103 - Pendidikan Moral Tingkatan 4 KSSM_Neat
P. 103
B Laksanakan sumbang saran berdasarkan tajuk berita di bawah.
ISU PENDERAAN
KANAK-KANAK
Ibu dera anak yang Bapa didakwa bunuh
enggan buat kerja rumah bayi sendiri
dipenjara 14 hari. dihukum penjara.
7
Pengasuh kanak-kanak
direman tujuh hari UNIT
kerana disyaki mendera
kanak-kanak.
1. Kenal pasti perlakuan berperikemanusiaan yang patut ada pada setiap individu bagi
mengelakkan perkara tersebut daripada berlaku. Berikan justifikasi anda.
2. Walaupun sudah ada hukuman yang berat, mengapakah sikap tidak berperikemanusiaan
ini terus berlaku? Jelaskan.
3. Cadangkan cara untuk meningkatkan kesedaran sikap berperikemanusiaan dalam
kalangan masyarakat.
4. Ramalkan kesan sekiranya perlakuan berperikemanusiaan terhadap kanak-kanak
terhakis dalam masyarakat.
Pada suatu malam, Valent terdengar tangisan dan jeritan Bagaimanakah amalan
seorang kanak-kanak berhampiran dengan rumahnya. Pada nilai universal dapat
masa yang sama, dia juga terdengar suara seorang lelaki membantu mencegah
dewasa sedang menjerit-jerit dan memarahi kanak-kanak perlakuan tidak
itu. Selang beberapa minit kemudian, jeritan dan tangisan berperikemanusiaan
kanak-kanak itu sudah tidak kedengaran. Valent berasa terhadap kanak-kanak?
serba salah sama ada hendak pergi menyiasat atau
membiarkannya sahaja. Bincangkan dilema ini berdasarkan
dimensi moral.
6.3.2, 6.3.4, 6.3.6 95

