Page 106 - Pendidikan Moral Tingkatan 4 KSSM_Neat
P. 106

C  Baca dan fahami monolog di bawah. Kemudian, jawab soalan yang diberikan.

              Tarvin mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Dia mendapat tawaran ke sekolah
              berasrama penuh. Dia bercita-cita tinggi untuk mencapai impiannya agar dapat mengubah
              nasib keluarganya. Oleh sebab kedaifan keluarganya, Tarvin terpaksa mengumpul pelbagai
              barangan kitar semula. Dia menjual barangan kitar semula tersebut untuk menampung wang
              yuran pendaftaran sekolah. Pada hari pendaftaran, Tarvin ditemani oleh kakaknya. Dia hanya
              membawa wang pendaftaran sahaja. Ketika mendaftar, Tarvin baru menyedari bahawa dia
              perlu membuat bayaran tambahan untuk keperluan lain.


           7  7                  Bercita-cita
                               mengubah nasib
          UNIT  UNIT  Wang tidak   keluarga.       Daif.
                    cukup.




               Hendak balik
                atau tidak?





















              1.  Apakah perasaan anda apabila berada dalam
                  situasi Tarvin?
              2.  Nyatakan  perlakuan  berperikemanusiaan  yang
                  boleh anda lakukan untuk membantu Tarvin.
              3.  Bagaimanakah tindakan anda dapat memberikan          Bantuan diperlukan untuk meringankan
                                                                       beban seorang ibu tunggal dan
                  kesan terhadap masa hadapan Tarvin?                  lapan orang anak yang telah lama
                                                                       ditinggalkan suami. Anak-anaknya
                                                                       berusia antara 2 hingga 18 tahun
                                                                       dan seorang daripadanya disahkan
              D  Baca maklumat yang diberikan.                         menghidap penyakit jantung yang
                                                                       kronik. Bantuan boleh disalurkan
                  Berikan justifikasi tindakan yang patut anda ambil   melalui nombor akaun bank xxxxxxxx
                  apabila menerima mesej melalui laman sosial          xx atas nama Alan Teo. Beliau boleh
                                                                       dihubungi melalui nombor telefon
                  seperti ini.                                         01X-XXXXXXX.



             98                                                           6.3.2, 6.3.4, 6.3.5, 6.3.6
   101   102   103   104   105   106   107   108   109   110   111