Page 109 - Pendidikan Moral Tingkatan 4 KSSM_Neat
P. 109
A Baca situasi yang sering berlaku dalam kehidupan masyarakat pada hari ini.
Kemudian, jawab soalan yang diberikan.
Encik Alam tinggal di sebuah kawasan perumahan. Encik Alam sangat prihatin dengan
jiran-jiran sekelilingnya. Dia sering bertegur sapa dengan mereka dan aktif melibatkan diri
dalam aktiviti kejiranan. Walau bagaimanapun, sikap Encik Bono, jiran Encik Alam sangat
berbeza. Dia sangat sombong dan mementingkan diri sendiri. Pada suatu hari, rumah Encik
Bono telah terbakar. Walaupun Encik Bono sombong dengan jirannya, Encik Alam tetap
membantu. Rumah Encik Bono dapat diselamatkan daripada hangus terbakar. Selain itu, 7
jiran-jiran di situ telah mengutip derma bagi meringankan beban yang menimpa Encik Bono.
Encik Alam turut menjemput Encik Bono tinggal di rumahnya sehingga kerja pembersihan UNIT
rumah Encik Bono selesai.
1. Jelaskan maksud berperikemanusiaan dalam situasi ini.
2. Ramalkan kesan sekiranya berlaku pengabaian sikap berperikemanusiaan terhadap
mangsa dalam situasi tersebut.
3. Bagaimanakah sikap berperikemanusiaan dapat membentuk kesejahteraan masyarakat?
4. Jelaskan nilai universal yang berupaya membentuk masyarakat yang berperikemanusiaan
dalam kehidupan harian.
B Terdapat segolongan masyarakat yang menyamar bagi meraih simpati dengan
mengambil kesempatan atas sikap berperikemanusiaan orang lain. Sejauh
manakah situasi tersebut boleh menggugat sikap berperikemanusiaan anda
dalam kehidupan harian?
101

