Page 126 - Pendidikan Moral Tingkatan 4 KSSM_Neat
P. 126
A Baca maklumat di bawah yang berkaitan dengan salah seorang tokoh
yang mempertahankan hak asasi manusia di Malaysia, iaitu Datin Paduka
(Dr.) Mother A. Mangalam.
Datin Paduka (Dr.) Mother A. Mangalam
❁ Dikenali sebagai “Mother Mangalam”.
❁ Presiden, The Pure Life Society yang
ditubuhkan pada 1949 bersama-sama
dengan Swami Satyananda untuk
melindungi hak anak-anak yatim.
❁ The Pure Life Society merupakan
rumah kebajikan bukan kerajaan yang
pertama di Malaysia.
8 ❁ Pertubuhan ini telah memberikan
harapan kepada lebih daripada 2000
anak yatim tanpa mengira kaum.
UNIT ❁ Beliau menerima pelbagai anugerah
atas jasa dan tanggungjawabnya yang
menjaga kebajikan golongan yang
berkeperluan.
1. Bagaimanakah pengorbanan Datin Paduka (Dr.) Mother A. Mangalam memberikan
inspirasi kepada anda untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab?
2. Jelaskan amalan nilai universal yang boleh dicontohi daripada Datin Paduka (Dr.) Mother
A. Mangalam untuk menjadi seorang warganegara yang bertanggungjawab.
3. Bagaimanakah anda melaksanakan tanggungjawab sebagai warganegara?
B Baca dan jawab soalan di bawah.
Anda bekerja di sebuah syarikat multinasional. Pada pilihan raya umum negara,
syarikat telah mengarahkan anda supaya menghadiri satu mesyuarat penting yang
boleh menguntungkan anda dan syarikat. Apakah tindakan yang wajar anda ambil?
Berikan alasan.
118

