Page 131 - Pendidikan Moral Tingkatan 4 KSSM_Neat
P. 131
Beberapa agensi kerajaan yang berperanan untuk memupuk semangat perpaduan
dalam masyarakat pelbagai kaum telah ditubuhkan di Malaysia. Antaranya termasuklah
agensi kerajaan seperti yang di bawah:
Agensi Kerajaan
Peranan
• Mendidik masyarakat supaya cinta akan perpaduan.
• Memelihara, mengekal dan meningkatkan perhubungan kaum ke arah
perpaduan nasional.
• Mempromosikan persefahaman dan keharmonian antara agama.
• Menjalankan wacana perpaduan dan kajian perhubungan kaum.
• Melaksanakan langkah-langkah intervensi dalam mengurus hal ehwal
perpaduan negara dan integrasi nasional.
• Menyediakan syor kepada kerajaan dalam menyatakan pendirian negara
di peringkat antarabangsa.
(Sumber: Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional)
• Menjalankan apa-apa aktiviti bagi meningkatkan dan mengukuhkan semangat
kejiranan, perpaduan, muhibah, keharmonian, keselesaan, keamanan,
kerjasama, keselamatan, kebajikan, kesihatan, kesejahteraan ekonomi dan
kualiti hidup di kalangan anggota masyarakat;
• Menerima maklumat mengenai, untuk memerhati dan menyiasat, semua isu
mengenai konflik masyarakat di dalam kawasan dan melaporkan maklumat,
pemerhatian dan penyiasatan itu kepada pengarah;
• Mengambil apa-apa langkah yang perlu atau wajar untuk membolehkan
pemastautin melindungi diri mereka terhadap apa-apa aktiviti jenayah atau
bencana;
• Menyediakan pengantaraan dalam masyarakat bagi maksud pendamaian
atau selainnya menyelesaikan apa-apa pertikaian atau perselisihan 9
di kalangan anggota masyarakat.
UNIT
(Sumber: Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional)
• Memantapkan usaha memulihara, mengekal, mengembang dan menyemarak
seni budaya warisan bangsa.
• Menggemblengkan elemen seni budaya untuk meningkatkan kesejahteraan
dan perpaduan bangsa.
• Menggalakkan penglibatan penggiat seni di dalam bidang ekonomi melalui
aktiviti seni budaya.
• Menyokong pertumbuhan pelancongan negara melalui aktiviti seni dan budaya.
(Sumber: Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara)
• Meningkatkan kefahaman, sokongan, keyakinan dan penglibatan masyarakat
terhadap dasar dan program Kerajaan ke arah pembinaan negara bangsa
yang bermaklumat, progresif, berintegriti, sejahtera serta bersatu padu.
(Sumber: Jabatan Penerangan Malaysia)
123

