Page 146 - Pendidikan Moral Tingkatan 4 KSSM_Neat
P. 146

Dalam  kehidupan,  setiap  individu  membelanjakan  sejumlah  wang  untuk  memenuhi
              keperluan harian. Perbelanjaan ini perlu diuruskan secara beretika bagi menjamin kewangan
              yang stabil. Pengurusan perbelanjaan secara beretika bermaksud cara wang dibelanjakan
              dan diuruskan dengan berhemah untuk mendapatkan sesuatu barangan dan perkhidmatan.
              Terdapat beberapa cara dalam menguruskan perbelanjaan secara beretika.



                     CARA PENGURUSAN PERBELANJAAN SECARA BERETIKA







                Menentukan                  •   Memastikan jumlah wang yang dimiliki.
                Kedudukan
                Kewangan yang               •   Merancang perbelanjaan berdasarkan wang
                Dimiliki                        yang dimiliki.













                Mengenal Pasti
                dan Membuat                 •   Membuat catatan dan mengkategorikan setiap item
                Anggaran                        sebagai keperluan atau kehendak.
                Perbelanjaan                •   Membuat peruntukan bagi setiap perbelanjaan.








           10                               •   Membeli barangan dengan membuat bayaran secara


          UNIT  Membeli Barangan            •   tunai atau menggunakan kad debit.
                Secara Tunai, Kad
                                                Mengelakkan diri daripada berhutang.
                Debit atau Kad
                Kredit                      •   Memastikan pembayaran dibuat dalam tempoh waktu
                                                bebas faedah jika terpaksa menggunakan
                                                kad kredit.






            138
   141   142   143   144   145   146   147   148   149   150   151