Page 150 - Pendidikan Moral Tingkatan 4 KSSM_Neat
P. 150
Sehubungan dengan itu, semua pihak perlu merancang perbelanjaan dengan bijak.
Anggaran perbelanjaan perlu dibuat terlebih dahulu bagi setiap barangan dan perkhidmatan
yang ingin diperoleh mengikut had perbelanjaan yang telah dirancang. Hal ini dapat
mengelakkan perbelanjaan yang berlebihan.
Oleh itu, setiap pengguna perlu mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam
menguruskan perbelanjaan secara beretika. Amalan pengurusan perbelanjaan secara
10 beretika akan melahirkan individu yang bertanggungjawab dan berfikiran rasional dalam
urusan kewangan. Pembelian barangan atau perkhidmatan patut dibuat secara sederhana
UNIT mengikut keperluan dan bukannya mengikut kehendak semata-mata. Perasaan gembira
dan rasa bersyukur dapat dinikmati jika mengamalkan pengurusan perbelanjaan secara
beretika.
Pendidikan Kewangan.
142

