Page 152 - Pendidikan Moral Tingkatan 4 KSSM_Neat
P. 152
B Baca dan fahami situasi di bawah. Bincangkan tindakan yang akan diambil
dengan memberikan justifikasi yang sesuai.
Kuan Seng telah merancang perbelanjaan untuk pelbagai barangan bagi
menyambut Tahun Baharu Cina. Walau bagaimanapun, Kuan Seng mendapati
ada antara barangan yang ingin dibelinya agak mahal berbanding dengan bajet
yang telah diperuntukkan.
Semasa membeli-belah di pasar raya, Mary telah ditawarkan untuk memiliki
kad kredit oleh seorang ejen bank. Ejen bank tersebut menawarkan sebuah beg
pakaian sekiranya Mary mengisi borang permohonan pada hari itu. Pada masa
yang sama, Mary memang bercadang untuk membeli sebuah beg pakaian.
Sebuah syarikat telekomunikasi telah menawarkan sebuah telefon bimbit
berjenama terkenal secara percuma kepada Puan Tukinah. Telefon bimbit
tersebut akan diperoleh sekiranya Puan Tukinah melanggan pakej pascabayar
yang memerlukan bayaran sebanyak RM85.00 sebulan dan kontrak selama dua
tahun. Pada masa yang sama, Puan Tukinah sudah memiliki pelan prabayar
sebanyak RM35.00 sebulan.
Encik Jaspal Singh berhasrat untuk menyertai pelan insurans bagi pendidikan
anaknya supaya masa hadapan anaknya lebih terjamin. Namun begitu, dia masih
ragu-ragu untuk menyertai pelan tersebut kerana perbelanjaan bulanannya akan
meningkat.
Sejauh manakah
10 pengurusan perbelanjaan
pengetahuan tentang
UNIT menjamin masa hadapan
secara beretika dapat
Jelaskan nilai universal yang lebih baik?
yang sesuai diamalkan
dalam situasi yang
dibincangkan.
144 7.3.2, 7.3.3, 7.3.4

