Page 93 - Pendidikan Moral Tingkatan 4 KSSM_Neat
P. 93

6

               A  Secara berkumpulan, laksanakan  aktiviti  main peranan bagi setiap  situasi
                                                                                                            UNIT
                   di bawah.

                                    Argon menasihati adiknya, Linda supaya sentiasa menjaga integriti keluarga
                  situasi           ketika berada di luar rumah.




                                    Ayah sering pulang lewat dan tidak dapat makan bersama-sama dengan
                  situasi           keluarga. Anda mengharapkan ayah dapat makan dan meluangkan masa
                                    bersama-sama dengan keluarga.



                                    Perlakuan adik yang tidak beradab dalam majlis perkahwinan sepupu
                  situasi           menyebabkan kami sekeluarga berasa malu. Ibu menasihati adik atas
                                    kelakuannya itu.




                  situasi           Meena sentiasa berbincang dengan anggota keluarga apabila ingin
                                    membuat sesuatu keputusan yang penting.


               1.  Bincangkan integriti keluarga mengikut situasi di atas.
               2.  Jelaskan perasaan anda apabila dapat memulihkan ketegangan yang berlaku dalam
                   kalangan anggota keluarga.






                                                                                  Perebutan harta
                                  Bagaimanakah anda                           dalam kalangan anggota
                                  mengurus emosi moral                       keluarga boleh menghakis
                                  apabila berhadapan dengan                    integriti kekeluargaan.
                                  perbuatan tidak berintegriti                Berikan justifikasi anda.
                                  dalam keluarga?







                            Dasar Keluarga Negara.




                                                                     6.2.2, 6.2.3, 6.2.5, 6.2.6      85
   88   89   90   91   92   93   94   95   96   97   98