Page 95 - Pendidikan Moral Tingkatan 4 KSSM_Neat
P. 95

C  Secara individu, hasilkan satu folio aktiviti keluarga anda. Folio tersebut boleh
                   menjadi kenangan manis dan memberikan pengajaran dalam membentuk diri
                   anda sebagai anggota keluarga yang berintegriti.                                          6

               Yang berikut ialah beberapa contoh aktiviti bersama-sama dengan anggota keluarga:
                                                                                                            UNIT

                 Ayah sentiasa memastikan keselamatan kami    Saya dan anggota keluarga suka meluangkan
                 sekeluarga ketika beriadah di tepi pantai.   masa dengan menjaga pokok bunga. Kasih
                 Kami sama-sama menjaga keselamatan           sayang dan hubungan kami bertambah erat
                 anggota keluarga yang lain.                  dengan melakukan aktiviti seumpama ini.




















                 Ibu selalu menyediakan makanan               Saya sangat gembira kerana nenek
                 kegemaran kami. Ayah pula memastikan         menghadiri majlis konvokesyen saya. Nenek
                 makanan mencukupi untuk setiap anggota       sangat menyayangi dan mengambil berat
                 keluarga. Sambil makan, kami akan            tentang kebajikan dan masa hadapan saya.
                 berbincang tentang pelbagai perkara.























               D  Pamerkan hasil folio di Sudut Pendidikan Moral.








                                                                                                     87
   90   91   92   93   94   95   96   97   98   99   100