Page 4 - Buku Pengurusan 2021
P. 4

DARI MEJA PENGETUA
                                           BUKU PENGURUSAN S.T.A.R, IPOH 2021




               Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera.
                       Syukur ke hadrat Ilahi atas limpah Kurnia dan Inayah-Nya kita terus beristiqamah dalam memikul
               tanggungjawab dan amanah sebagai pendidik di sekolah yang tercinta ini. Setinggi-tinggi tahniah saya
               ucapkan  kepada  Jawatankuasa  Buku  Pengurusan Sekolah 2021  kerana berjaya  menghasilkan  sebuah
               buku panduan yang kemas, lengkap dan tersusun. Buku ini penting dan ia menjadi rujukan kepada warga

               S.T.A.R. Ipoh dalam menyelesaikan tugas dengan lebih efisien.
                       Tahun 2021 merupakan tahun yang sangat mencabar kepada masyarakat dunia secara amnya.
               Dalam  konteks  pendidikan  negara  ini,  sistem  belajar  secara  online  sudah  mendominasi  kaedah
               pembelajaran, penilaian yang berbentuk projek serta kaedah lain yang lebih fleksibel pun sudah diterima

               sebagai  satu  kaedah  pentaksiran  berkualiti.  Kehidupan  pelajar  di  sekolah  berasrama  penuh  juga  turut
               menerima  tempias  perubahan  yang  berlaku.  Kesannya,  rutin  dan  aktiviti  pelajar  sedikit  sebanyak
               memerlukan pengubahsuaian dan penambahbaikan. Oleh itu, kreativiti dan perubahan paradigma dalam
               pemikiran dan tindakan warga S.T.A.R. Ipoh amat dituntut.
                       Bagi  S.T.A.R.  Ipoh  pada  tahun  2021  ini,  kita  merancang  untuk  terus  memperkasakan  bidang

               bahasa  dan  sains  tetapi  tidak  pula  menidakkan  kepentingan  bidang-bidang  lain.  Selain  itu,  aspek
               pembangunan  sahsiah  dan  kepimpinan  pelajar tidak  dikesampingkan  dan  ia  akan  dilaksanakan  dalam
               program yang lebih tersusun dan berimpak. Minat dan bakat pelajar dalam sukan dan kokurikulum yang
               sejak sekian lama menjadi etos juga akan terus diperkasakan. Semua ini kita serapkan dalam konteks

               iklim sekolah berkesan yang sudah tentunya melibatkan para guru serta staf, pelajar, fizikal sekolah dan
               lain-lain.  Apa  yang  penting,  pelaksanaan  perkara-perkara  tadi  mestilah  dalam  konteks  hubung  kaitnya
               dengan kehidupan dan kemahiran yang perlu bagi abad ke 21.
                       Akhir kata, marilah kita merealisasikan hasrat dan perancangan sekolah kita ini. Hasrat umum
               yang  ingin  dicapai  ini  sudah  tentu  memerlukan  usaha  yang  sepadu  dari  kita.  Pepatah  lama  ada

               mengatakan bahawa ‘Bulat Air Kerana Pembetung, Bulat Kata Kerana Muafakat’. Semoga tahun 2021
               memberi banyak kejayaan bagi kita semua.

               # Rouse Up !!!!!

               Sekian, terima kasih.

               Saya yang menjalankan amanah,



               (MOHAMAD ZAKARIA BIN MOHAMAD YUSOF)
               Pengetua
               Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh.






                                                             3
   1   2   3   4   5   6   7   8   9