Page 6 - Buku Pengurusan 2021
P. 6
VISI SEKOLAH TUANKU ABDUL RAHMAN, IPOH
PENERAJU KECEMERLANGAN PENDIDIKAN NEGARA
MISI SEKOLAH TUANKU ABDUL RAHMAN, IPOH
1. Menyediakan suasana pembelajaran sepanjang hayat yang kondusif dan kelengkapan prasarana
moden.
2. Memperkasakan keterampilan pelajar bertaraf global dengan menguasai, mengaplikasi dan
menyampaikan ilmu sains dan teknologi terkini, menghayati nilai spiritual dan menghargai nilai
estetika, membina fizikal yang tegap, cergas dan mendominasi aktiviti-aktiviti di luar bilik darjah,
memantapkan jati diri dan semangat patriotisme berlandaskan nilai ketimuran serta melahirkan
pemimpin yang berkualiti dan holistik.
MOTO SEKOLAH TUANKU ABDUL RAHMAN, IPOH
ILMU PANDUAN HIDUP
PIAGAM PELANGGAN
Bahawa kami warga Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh akan memberikan perkhidmatan yang terbaik
untuk:
1. Melahirkan pelajar yang cemerlang dari segi akademik dan kokurikulum.
2. Mendidik pelajar supaya mempunyai sahsiah yang cemerlang dan terpuji.
3. Menjana potensi pelajar yang melahirkan kepimpinan yang unggul.
4. Menerapkan budaya teknologi maklumat bagi memindahkan pelajar mendapatkan ilmu
dan maklumat.
5. Menentukan tempat kediaman dan aktiviti harian pelajar sentiasa kemas dan teratur.
6. Memastikan persekitaran sekolah yang bersih, ceria dan menarik.
7. Mewujudkan hubungan baik di antara ibu bapa dengan warga sekolah.
SLOGAN
GREATNESS THROUGH PERSEVERANCE
5

