Page 5 - E-SERI 2020
P. 5
Assalamualaikum Warahmatullahitaala Wabarakatuh dan Salam Sejahtera
Majalah sekolah merupakan wahana ilmu yang tidak wajar dikesampingkan dalam
prosiding rekayasa ke arah pembentukan generasi pencetus transformasi dan inovasi yang
bakal mewarisi tampuk kepemimpinan negara. Maka penerbitan majalah sekolah amat rasional
dalam membentuk personaliti remaja yang berketerampilan, berdaya saing dan bersahsiah
tinggi. Bersesuaian dengan Falsafah Pendidikan Negara yang menitikberatkan jasmani, emosi,
rohani dan intelek serta sosial.
Syabas dan tahniah kepada Ahli Jawatankuasa e-Majalah SERI kerana berjaya
menerbitkan majalah ini sekali lagi pada tahun 2020. Semoga sinergi bersepadu yang mampan
terus sinambung pada tahun-tahun akan datang. Stimulus yang selanjar akan pihak kami
berikan. Cungkillah bakat dan paparlah suara hati warga sekolah dengan swadaya yang jitu.
Kejayaan pihak sekolah dalam menerbitkan majalah ini saban tahun
melambangkan iltizam yang telus dalam menyalurkan informasi bernilai kepada warga
sekolah khususnya dan masyarakat amnya. Inisiatif murni ini mudah-mudahan akan memberi
efek ideal dalam pembentukan mentaliti berfikir aras tingi dalam kalangan warga sekolah.
Justeru pihak kami berharap e-Majalah SERI akan cemerlang, gemilang dan terbilang
sebagai medium ilmiah yang bakal membuahkan amal ke arah pembinaan modal insan
yang beriman. Semoga SMK Seri Manjung dapat melahirkan warga pelajar yang berkualiti
dan dapat melonjakkan prestasi akademik mahupun kokurikulum di peringkat daerah, negeri
dan kebangsaan. “SELAMAT MAJU JAYA SMK SERI MANJUNG”
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
MOHAMAD AKHIR B. ABDUL LATIF PPT
PPD MANJUNG
3

