Page 6 - E-SERI 2020
P. 6
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Terlebih dahulu sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada sidang redaksi atas
kejayaan menerbitkan e-Majalah SERI 2020.
Sesungguhnya, e-majalah ini adalah sebuah naskah alam maya yang merakamkan
aktiviti terutamanya kegiatan kurikulum dan kokurikulum sepanjang tahun 2020 disamping
memaparkan pencapaian prestasi pelajar pada tahun sebelumnya. Bagi warga sekolah,
butiran dan gambar yang dimuatkan bakal menjadi kenangan indah dan menarik pada
zaman persekolahan. Tahniah sekali lagi kepada sidang redaksi yang berusaha untuk
menghadiahkan memori kepada warga sekolah walaupun dalam situasi pandemic covid-19
melanda negara.
Bagi mengakhiri coretan ringkas ini, saya turut berterima kasih kepada semua pihak
yang telah membantu meletakkan nama SMK Seri Manjung ke tahap yang
membanggakan, istimewanya kepada para guru, ibu bapa dan pelajar, juga terima kasih
kepada pihak Pegawai PPD Encik Mohamad Akhir Bin Abdul Latif yang telah memberikan
kepercayaan dan sokongan kepada pihak sekolah.
Harapan saya, semoga warga sekolah akan terus mencipta kejayaan dan
kecemerlangan dalam semua bidang pada masa akan datang. Akhir kalam, saya
merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat secara langsung
bagi menjayakan penerbitan e-majalah dan “Selamat Maju Jaya”.
Sekian, terima kasih.
Turun Mesti Juara
PN HJH RUSINA BT ABDULLAH
PENGETUA CEMERLANG
4

