Page 39 - 9. Pameran Maya Sambutan Kemerdekaan & Hari Malaysia MOF - Penubuhan Malaysia - Ilham Berwawasan
P. 39
Upacara Pemasyhuran Malaysia juga diadakan di Padang Dewan Bandaran Singapura pada
tarikh yang sama. Upacara ini dimulakan sejurus ketibaan Yang di-Pertuan Negara
Singapura, Encik Yusuf Ishak. Dato’ Ismail bin Dato’ Andul Rahman, Menteri Keselamatan
Dalam Negeri mewakili Persekutuan Tanah Melayu di upacara tersebut. Pemasyhuran
Malaysia telah dibacakan oleh Perdana Menteri Singapura, Tuan Lee Kuan Yew yang
mengakhirinya dengan mengajak ribuan rakyat Singapura yang membanjiri Padang
Bandaran Singapura melaungkan ‘MERDEKA’ sebanyak tiga (3) kali. Seterusnya tembakan
Meriam dilepaskan dan bendera Malaysia dikibarkan. Upacara bersejarah ini disaksikan
oleh beribu-ribu orang termasuk para Menteri, pegawai kerajaan Singapura dan diplomat
asing yang hadir pada majlis tersebut.
Sempena pengisytiharan Malaysia, Tunku Abdul Rahman berpesan di dalam amanatnya:
“Tiap² sa-orang penduduk Malaysia yang ada dalam semua negeri² di Tanah Melayu,
Singapura, Sarawak dan Sabah hendaklah bersungguh² bekerja untk kepentingan
Malaysia supaya terchapai segala tujuan dan chita² kita itu dan tidak-lah sia² sahaja kita
menghadapi segala kesukaran dan rintangan dalam perjalanan kita menuju ke-matlamat
yang sama”.

