Page 19 - 5. Pameran Maya Sambutan Kemerdekaan & Hari Malaysia - Merdeka Dalam Anjakan Permodenan 20.8.2021
P. 19

Dataran Merdeka, Kuala Lumpur adalah lokasi yang

        paling        kerap        digunakan             bagi       sambutan            Hari
        Kebangsaan.                Acara          sambutan             yang          sering

        dipersembahkan termasuk perbarisan lintas hormat,

        bacaan ikrar dan Rukun Negara, nyanyian lagu-lagu

        patriotik dan perarakan oleh kontingen-kontingen
        yang mengambil bahagian. Selain daripada sambutan

        di peringkat Nasional di Kuala Lumpur, sambutan

        bagi peringkat Negeri turut diadakan secara serentak
        di setiap Ibu Negeri masing-masing dalam suasana

        yang meriah.




        Sekali sekala perubahan dilakukan bagi mewujudkan

        suasana yang berbeza dan memberi peluang kepada
        semua          rakyat        untuk         merasai          sambutan            Hari

        Kebangsaan peringkat Nasional yang dilangsungkan.
                                                                                                  Lima (5) kereta Proton Saga aneka warna buat pertama kalinya menyertai perarakan sambutan Hari
        Bagi tujuan tersebut, sambutan Hari Kebangsaan                                            Kebangsaan yang ke-28 yang diadakan di Padang Pahlawan, Melaka pada 31 Ogos 1985
        telah diadakan di Padang Pahlawan Melaka pada

        tahun 1985. Tujuannya untuk menyingkap kembali

        peristiwa             bersejarah              pengisytiharan                  tarikh

        Kemerdekaan Negara.
   14   15   16   17   18   19   20   21   22   23   24