Page 20 - 5. Pameran Maya Sambutan Kemerdekaan & Hari Malaysia - Merdeka Dalam Anjakan Permodenan 20.8.2021
P. 20
Bagi mengenang detik-detik kebangkitan
nasionalisme Melayu yang bermula dari Istana
Negara, Johor Bahru pada tahun 1946, Stadium Tan
Sri Haji Yunus di Larkin telah menjadi tempat
sambutan Hari Kebangsaan pada tahun 1988. Ia juga
sebagai penghargaan kepada DYMM Sultan Johor
iaitu Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail
kerana bakal menamatkan tempoh perkhidmatan
sebagai DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan
Agong ke-VII pada awal tahun 1989.
Kereta berhias Telekom Malaysia Berhad turut menyertai
perarakan sambutan Hari Kebangsaan yang ke-31 pada tahun 1988
di Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunus di Larkin, Johor. Syarikat
ini adalah lambang kejayaan Dasar Penswastaan Negara
Sambutan Hari Kebangsaan yang ke-31 pada tahun 1988 yang diadakan di Johor Bahru dimulakan dengan Majlis Tahlil yang diadakan di
Masjid Abu Bakar pada malam 30 Ogos 1988. Dari kanan, Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad; Tunku Majid Ismail
Ibrahim ibni Sultan Iskandar; Dato’ Seri Muhyiddin Yassin, Menteri Besar Johor; Tengku Abdul Rahman ibni Almarhum Sultan Ismail dan
Dato’ Abu Hassan Omar

