Page 4 - E-FOLIO
P. 4

Sejarah RUKUN NEGARA








                         Rukun Negara merupakan satu ideologi negara yang tercipta
                 ekoran daripada berlakunya peristiwa rusuhan kaum pada 13

                 Mei 1969.Ideologi ini digubal semasa negara sedang berada di
                 bawah pimpinan MAGERAN Majlis Perundingan Negeri (badan

                 yang bertanggungjawab menggubalnya).Kata sepakat untuk

                 mencipta satu ideologi negara dicetuskan semasa mesyuarat
                 pertama MPN yang dipengerusikan oleh Pengarah MAGERAN ,

                 iaitu pada 27 Januari 1970.Majlis Perundingan Negara

                 ditubuhkan oleh Pengarah MAGERAN di bawah undang-undang

                 darurat yang diwartakan pada 29 Januari 1970.Anggota-anggota

                 Majlis Perundangan Negara terdiri daripada seorang pengerusi ,

                 tiga orang menteri , wakil-wakil kerajaan negeri dan wakil-wakil

                 daripada tokoh-tokoh agama , badan-badan profesional ,
                 perkhidmatan awam , kesatuan sekerja , wartawan , persatuan
                 guru-guru dan wakil-wakil kumpulan kecil.Rukun negara telah

                 diisytiharkan oleh Yang Di Pertuan Agong yang keempat pada 31

                 Ogos 1970 sempena ulang tahun kemerdekaan yang ke-13. Rukun
                 Negara diwujudkan untuk menyemai nilai-nilai murni dalam

                 kalangan masyarakat seperti nilai keagamaan , kesetiaan kepada

                 Raja dan Negara , kepatuhan kepada Perlembagaan, kedaulatan
                 Undang-Undang serta membentuk masyarakat yang

                 mengamalkan kesopanan dan kesusilaan.Rukun Negara dapat

                 melahirkan sebuah negara dan bangsa yang bersatu , demokratk ,
                 adil tanpa mengira bangsa dan agama.
   1   2   3   4   5   6   7   8   9