Page 8 - E-FOLIO
P. 8
Kesetiaan kepada raja dan
negara
Prinsip rakyat di negara kita yang mengamalkan sistem
demokrasi berparlimen dan raja berpelembagaan.
kesetiaan kepada raja dan negara bermaksud, bahawa
setiap warganegara hendaklah menumpukan sepenuh
taat setia, jujur dan ikhlas kepada Seri Paduka Baginda
Yang di-Pertuan Agong. Prinsip kedua ini mampu
membentuk satu bangsa Malaysia yang sayangkan
negara, patriotik dan bersatu padu kerana raja adalah
simbol payung negara.Prinsip kesetiaan kepada Raja dan
negara amat penting diamalkan bagi melahirkan rakyat
yang taat setia kepada pemerintah dan negara.
Setiap warganegara haruslah menumpukan sepenuh
taat setia kepada raja dan negara kerana Raja lambang
perpaduan negara.Prinsip ini juga tujuan untuk
melahirkan rakyat yang bertanggungjawab dan sanggup
berkorban untuk negara demi keamanan dan
kemajuan.Setiap rakyat harus menumpahkan kesetiaan
kepada raja dan perintah tanpa berbelah bahagi demi
perperpaduan.Kesetiaan kepada raja dan negara harus
dititikberatkan oleh setiap lapisan masyarakat di negara
kita untuk membentuk generasi yang berdaya saing dan
menghormati seluruh pelosok dunia.Tanpa generasi yang
taat kepada raja dan negara, maka tidak akan maju
negara Malaysia.

