Page 65 - pdfcoffee.com_modul-kokurikulum-mbkpdf-pdf-free
P. 65
Modul Pengakap Pendidikan Khas
Pengenalan
Murid Berkeperluan khas (MBK) digalakkan menyertai mana-mana pasukan unit
beruniform yang dianjurkan di sekolah masing-masing. Namun begitu, Unit beruniform
Pengakap menjadi keutamaan untuk disertai MBK kerana unit ini merupakan
pergerakan sedunia yang turut mengiktiraf golongan kelainan upaya (OKU). Ini dapat
dilihat melalui perkhemahan yang dianjurkan secara khusus untuk ahli-ahli pengakap
kelainan upaya yang dikenali sebagai ‘Agoonoree’. Dalam pada itu, ia secara langsung
membuka ruang dan peluang kepada MBK untuk mencapai tahap tertinggi dalam
penyertaan badan beruniform ini walaupun mengalami keupayaan intelektual yang
terhad.
Pergerakan Pengakap Malaysia (PPM) merupakan badan induk yang
bertanggungjawab dalam segala perihal berkaitan kepengakapan. Ini termasuklah skim
latihan yang telah disediakan bagi membolehkan ahli-ahli pengakap dalam segala
peringkat (unit) seperti Pengakap Kanak-Kanak (PKK), Pengakap Muda (PM),
Pengakap Remaja (PR) dan lain-lain mengumpul dan memakai lencana berdasarkan
kejayaan mereka mengikuti kemahiran dan ujian dalam skim latihan tersebut. Dalam
pada itu, PPM telah menyelaras perlaksanaan skim latihan kepada setiap Ketua
Pesuruhjaya Pengakap Negeri bagi perlaksanaanya dengan penyeliaan oleh Pasukan
Latihan Pengakap Negara.
Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) khususnya Bahagian Pendidikan Khas
(BPKhas) telah berusaha membangunkan Modul Perjumpaan Mingguan Pengakap
khusus bagi memenuhi kehendak kumpulan pelaksana dan memenuhi aspirasi MBK
untuk mendapat sebaik-baik manfaat apabila menyertai pasukan badan beruniform
pengakap.
Modul Perjumpaan Mingguan Pengakap ini dibangunkan dengan mengambil kira ke
arah melahirkan MBK yang terdedah kepada ilmu dan kemahiran kepengakapan
sekaligus membolehkan MBK menjalani aktiviti berkhemah dan menyertai sebarang
peringkat agoonoree. Selain daripada itu, aktiviit ini dapat mendidik MBK ke arah
56

