Page 66 - pdfcoffee.com_modul-kokurikulum-mbkpdf-pdf-free
P. 66

pengurusan kendiri dan menjalani kehidupan sebagai seorang yang berguna kepada

              keluarga, rakan dan masyarakat.


              Modul Perjumpaan Mingguan Pengakap ini dibina dengan mengambil kira keperluan

              menyeluruh  sebelum penglibatan  kepada  sesebuah perkhemahan  yang  di olah dari
              skim latihan sedia ada. Ia dirangka secara kumulatif setiap pecahan ilmu dan kemahiran

              kepada  mingguan  dalam  tempoh  setahun.  Walau  bagaimanapun,  ia  masih  bersifat
              fleksibel  dan  tidak  semestinya  terikat  dengan  aktiviti  yang  dicadangkan.  Modul

              Perjumpaan  Mingguan  Pengakap  ini  perlu  mengambil  kira  kessesuaian  tahap
              intelektual dan tingkah laku termasuk kepelbagaian ketidakupayaan MBK.



              Selari dengan skim latihan sedia ada, pemimpin juga boleh menganugerahkan lencana
              dan sijil apabila penilaian di buat pada minggu-minggu tertentu yang melibatkan modul

              kemahiran-kemahiran tersebut. Ini sekaligus memberi peluang kepada MBK untuk  turut
              sama memakai lencana seperti murid-murid lain.


              Modul  Perjumpaan  Mingguan  Pengakap  dapat  menjadi  panduan  kepada  guru

              pendidikan khas untuk menjayakan aktiviti pengakap setiap kali perjumpaan. Diharap

              modul ini akan  memberi impak yang lebih baik kepada pihak pelaksana iaitu  guru-guru
              pendidikan khas, guru arus perdana dan PPM. Dengan pelibatan semua pihak secara

              berfokus, ia mampu menjayakan semua program yang dirancang dengan berkesan.




              Skim Latihan Pengakap Pendidikan Khas
              Skim Latihan Pengakap Pendidikan Khas (PK) ini telah diubah suai untuk membolehkan

              ahli-ahli Pengakap PK mengikuti aktiviti-aktiviti kepengakapan dan dapat mengekalkan
              minat  dalam  berpengakap.  Skim  Latihan  Pengakap  Pendidikan  Khas  dibahagikan

              kepada tahap sekolah rendah dan sekolah menengah.















                                                           57
   61   62   63   64   65   66   67   68   69   70   71