Page 96 - pdfcoffee.com_modul-kokurikulum-mbkpdf-pdf-free
P. 96

Sukan Dan Permainan


               Pendahuluan
               Bidang  sukan  sangat  penting  dalam  mengoptimumkan  keupayaan  fizikal  selaras

               dengan ungkapan “minda yang cerdas terletak pada tubuh yang sihat”. Dalam konteks

               ini, bidang sukan memainkan peranan yang penting bagi melahirkan modal insan yang
               sihat, cergas dan produktif agar dapat memberi sumbangan kepada kesejahteraan

               sosial serta pembangunan ekonomi negara.


               Modul sukan dan permainan ini mengandungi beberapa jenis sukan yang dipilih iaitu
               olahraga,  badminton,  goalball,  bola  jaring,  petanque  dan  blind  football.  Sukan  ini

               merupakan sukan yang mampu disertai oleh MBK dari peringkat sekolah hingga ke

               peringkat antarabangsa. Melalui bidang sukan, bakat dan potensi minat MBK boleh
               dicungkil dan digilap secara konsisten mengikut kemampuan dan keupayaan MBK.

               Jenis-jenis sukan yang dipilih di dalam modul ini merupakan sukan yang dominan
               untuk dimainkan oleh MBK masalah pembelajaran, kurang upaya pendengaran dan

               kurang upaya penglihatan. Secara asasnya MBK akan bermain mengikut peraturan
               yang sama seperti murid arus perdana, namun bagi  MBK kurang upaya penglihatan

               dan  kurang  upaya  pendengaran  memerlukan  sedikit  modifikasi  dan  bantuan

               sokongan semasa permainan berlangsung.



               Matlamat
               Penyediaan modul sukan/ permainan ini adalah untuk membangunkan modal insan

               melalui  penyertaan  yang  menyeluruh  dalam  kalangan  MBK  bagi  kegiatan  sukan
               sepanjang  tahun  selaras  dengan  Dasar  1M1S  untuk  memupuk  budaya  bersukan.

               Dalam jangka masa panjang, MBK dapat mengamalkan gaya hidup sihat, cergas dan
               berdaya saing tinggi melalui aktiviti sukan.











               Objektif

                                                           86
   91   92   93   94   95   96   97   98   99   100   101