Page 98 - pdfcoffee.com_modul-kokurikulum-mbkpdf-pdf-free
P. 98

Pengenalan
               Olahraga  ialah  satu  aktiviti  fizikal  yang  bersifat  saingan.  Ia  merangkumi  beberapa

               acara berlainan yang berasaskan pergerakan semula jadi seperti berlari, melompat
               dan membaling. Bentuk awal olahraga yang dikelolakan secara tersusun telah dikenali

               berlaku  pada  zaman  klasikal  terutamanya  Sukan  Olimpik  Kuno.  Olahraga  telah
               bermula  dari  Sukan  Olimpik  Moden  pertama  di  Athens  dalam  tahun  1896  dan

               kewujudan  IAAF  (Pertubuhan  Olahraga  Amatur Antarabangsa)  dalam  tahun  1912.

               Sejak itu, sukan olahraga telah diubahsuai dan dikembangkan.


               Nama  “olahraga”  berasal  daripada  perkataan  Greek  “athlos”  yang  bermaksud

               "bertanding".  Tarikan  yang  ada  pada  acara  sukan  ini  juga  telah  melahirkan  istilah
               olahraga (athletics) yang merangkumi acara berlari, melontar dan melompat.




               Acara-Acara Olahraga

                     Larian

                         BIL.       KEMAHIRAN                  ACARA              ACARA OLAHRAGA
                                                                                   PENDIDIKAN KHAS
                                                             OLAHRAGA
                                                              PERDANA

                         1.    Jarak Dekat (Pecut)            100 meter                  100 meter

                                                              200 meter                  200 meter

                                                              400 meter                  400 meter

                         2.    Jarak Sederhana                800 meter                  800 meter
                                                              1500 meter                1500 meter

                                                              3000 meter

                         3.    Jarak Jauh                     5000 meter                      -

                                                             10000 meter

                         4.    Lari Berhalangan               3000 meter                      -

                         5.    Lari Berganti-Ganti          4 x 100 meter              4 x 100 meter
                                                            4 x 400 meter              4 x 400 meter


                         6.    Lari Berpagar                   80 meter                       -
                                                              100 meter


                                                           88
   93   94   95   96   97   98   99   100   101   102   103