Page 53 - Pengakap KLM36 Buku log Digital IPGKTB
P. 53

CONTOH KECEDERAAN TISU LEMBUT





               A      Sprain.

                      Kecederaan tisu lembut yang berlaku pada ligament.
                      Berlaku apabila atlet mengalami  sengaja atau tidak sengaja
                      berlaku regangan pada  bahagian sendi sama ada di
                      bahagian kaki atau tangan secara berlebihan di luar Julat

                      Pergerakan Sendi ( ROM ) yang menyebabkan terseliuh
                      atau koyakan pada ligament.









               B      Kekejangan otot.

                      Kekejangan otot bermula dengan keadaan muscle spasm
                      iaitu kontraksi otot yang berterusan menjadikan otot berasa
                      keras dan sakit. Kekejangan otot berlaku disebabkan

                      kekurangan vitamin seperti kalium dan magnesium, masalah
                      peredaran darah, mampatan saraf dan suhu yang sejuk.
                      Muscle soreness pula akan terjadi selepas keadaan
                      kekejangan ( cramp ) hilang. Keadaan ini berpunca daripada
                      kekurangan elektrolit ( garam meniral ) atau dehidrasi (
                      kehilangan air ).






               C      Tendonitis.


                      Radang pada tendon, berpunca daripada tendon yang
                      diregangkan, secara berlebihan. Simptom tendonitis adalah
                      rasa sakit serta bengkak di sekeliling tendon dan menjadi
                      lebih teruk apabila bahagian itu disentuh. Kecederaan ini
                      biasanya berlaku pada lutut ( tendon patella ), pergelangan
                      kaki ( tendon Achilles ) dan sendi bahu ( otot suprasinatus ).
   48   49   50   51   52   53   54   55   56   57   58