Page 54 - Pengakap KLM36 Buku log Digital IPGKTB
P. 54
D Radang Bursa.
Kecederaan yang berlaku pada sendi bahu, lutut,
pergelanggan kaki, siku dan pinggul. Bursa mengandungi
cecair yang berperanan menghindari gesran secara
keterlaluan. Tekanan yang berulang dan berlebihan pada
sendi akan menyebabkan sendi menjadi bengkak.
E Lebam atau Kontusi.
Lebam atau kontusi berlaku apabila salur darah rosak atau
pecah akibat daripada hentaman yang kuat tetapi tidak
merosakkan bahagian struktur kulit. Lapisan luar kulit akan
bertukar warna biru kehitamanan atau dikenali sebagai
ecchymosis. Perubahan warna kulit adalah disebabkan oleh
pengumpulan darah pada bahagian dalam kulit di kawasan
yang cedera.
F Strain.
Kecederaan ini disebabkan oleh regangan yang berlebihan
pada otot dan tendon. Kecederaan ini dikelaskan kepada 3
gred, iaitu gred pertama, gred kedua dang red ketiga yang
bergantung kepada intensiti dan regangan yang berlaku.
Tanda-tanda strain adalah otot atau tendon merasa sakit,
bengkok dan otot kekejangan.

