Page 6 - PROFILE KOLEJ TINGKATAN ENAM SULTAN SALLEHUDDIN
P. 6
SEJARAH KOLEJ TINGKATAN ENAM SULTAN SALLEHUDDIN
Kolej Tingkatan Enam Sultan Sallehuddin dahulunya dikenali sebagai Sekolah
Menengah Kebangsaan Hutan Kampong yang telah mula beroperasi pada 2 Januari 2005.
Pembukaan sekolah yang ke-36 di daerah Kota Setar ini adalah bertujuan menampung
keperluan pendidikan aliran perdana pada masa itu yang melibatkan pengambilan sulong
pelajar seramai 380 orang. Pada Ogos 2006, sekolah ini juga turut melaksana Program
Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran (PPKIBP) dengan jumlah pelajar awal
seramai 17 orang. Pelan dan struktur sekolah berkonsepkan sebuah kompleks pendidikan
dibina di atas sebidang tanah berkeluasan 7.01 ekar telah dilengkapi dengan prasarana dan
kemudahan yang lengkap. Sekolah Menengah Kebangsaan Hutan Kampong mula
mengalami perubahan fungsi secara berfasa mulai 2014 apabila sekolah ini terpilih
menerusi perancangan Jabatan Pendidikan Kedah untuk dijadikan Pusat Tingkatan Enam
Mod 1 mulai tahun 2019. Selaras denga perkembangan ini, Aliran perdana di sekolah ini
akan berakhir pada 31 Disember 2018. Perubahan yang berlaku adalah selaras dengan
dasar transformasi pendidikan dalam konteks penjenamaan semula tingkatan enam di
seluruh negara yang dilaksana oleh Kementerian Pendidikan Malaysia seperti yang
termaktub dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013–2025.
Pada tahun 2014 SMK Hutan Kampong mula menerima kemasukan pelajar-pelajar
tingkatan enam secara berfasa dari sekolah-sekolah yang berdekatan dalam daerah Kota
Setar. Pada 20 April 2014 seramai 42 orang pelajar dan 22 orang guru dari SMK Sultanah
Bahiyah, SMK Sultanah Asma dan SMK Darul Aman mula ditempatkan di sekolah ini
sebagai proses awal penyediaan Pusat Tingkatan Enam. Pengambilan pelajar bertambah
seramai 100 orang pada tahun 2015. Pada 2 Januari 2016, seramai 110 pelajar tingkatan
enam dan 21 orang guru dari SMK Dato Syed Omar telah dipindahkan ke SMK Hutan
Kampong. Pertambahan enrolmen pelajar ini telah meningkatkan jumlah kelas dan tenaga
pengajar di tingkatan enam. Pada tahun 2017 terdapat 12 kelas yang menawarkan pakej
mata pelajaran aliran kemanusiaan dan sains. Pada tahun 2018 bilangan kelas mengikut
pakej mata pelajaran yang ditawarkan telah meningkat kepada 22 kelas dengan jumlah
pelajar seramai 356 orang. Sementara itu jumlah guru pula bertambah kepada 53 orang.
Mulai April 2018 SMK Hutan Kampong mula menerima perpindahan secara berfasa
guru-guru akademik tingkatan enam dari Sekolah Menengah Teknik Alor Setar dan SMK
Tunku Abdul Rahman apabila aliran tingkatan enam di sekolah berkenaan mula ditutup
secara berperingkat.Pada akhir tahun 2018 jumlah guru tingkatan enam di sekolah ini telah
bertambah kepada 62 orang. Sementara itu mulai 1.1.2019 seramai 9 orang guru dari SMK
Tunku Abdul Rahman telah ditempatkan di sekolah ini apabila aliran tingkatan enam di
sekolah tersebut ditutup sepenuhnya. Jumlah tenaga pengajar di tingkatan enam di sekolah
ini pada awal tahun 2019 ialah berjumlah 73 orang.
6

