Page 7 - PROFILE KOLEJ TINGKATAN ENAM SULTAN SALLEHUDDIN
P. 7

Pada  1  Januari  2019  sekolah  ini  telah  beroperasi  sepenuhnya  sebagai  Pusat
            Tingkatan Enam Mod 1 dengan nama baru institusi iaitu Kolej Tingkatan Enam Sultan
            Sallehuddin. Seiring dengan imej baru, institusi ini telah mengambil pelbagai inisiatif ke
            arah merealisasikan keberhasilan pendidikan yang berimpak tinggi bagi mencapai  hasrat
            melahirkan pelajar-pelajar prauniversiti yang memiliki ketrampilan dan  sentiasa berprestasi
            tinggi  dalam semua aspek. Berpaksikan moto “Aspirasi, Tranformasi, Kualiti” penubuhan
            Kolej Tingkatan Enam Sultan Solehuddin telah mencatat sejarah sebagai mercu tanda baru
            institusi pendidikan prauniversiti di daerah Kota Setar. Kini, Kolej Tingkatan Enam Sultan
            Sallehuddin merupakan Kolej Tingkatan Enam yang pertama di daerah Kota Setar, yang
            ke- 2  di negeri Kedah dan merupakan yang  ke- 21 di Malaysia. Pada 16 Julai 2019, Majlis
            Pemasyhuran  Kolej  Tingkatan  Enam  Sultan  Sallehuddin  telah  disempurnakan  oleh
            Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah.

























































                                                                                                            7
   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11