Page 7 - BUKU PROGRAM ORIENTASI 2021
P. 7

SISTEM MODULAR TINGKATAN ENAM


                 Sistem  Modular  telah  diperkenalkan  bermula  pengambilan  Pelajar  Enam  Bawah  sesi
                 2012/2013.  Majlis  Jemaah  Menteri  (MJM)  telah  meluluskan  pelaksanaan  ini  pada    4  Januari
                 2012. Mereka merupakan kohot pertama sistem pentaksiran baharu STPM.
                      Tempoh pengajian  di Tingkatan Enam ialah selama satu setengah tahun yang
                       dikelompokkan kepada 3 Semester  iaitu semesterpertama, kedua dan ketiga.

                      Peruntukan waktu pengajaran   sama seperti tempoh dan waktu persekolahan sedia ada.
                      Pelajar akan dinilai dengan peperiksaan dan kerja kursus;  dengan wajaran 20 hingga 40
                       peratus, dan peperiksaan akhir berpusat dengan wajaran 60 hingga 80 peratus.

                      Kerja kursus terdiri daripada ,kerja projek atau tugasan, kerja amali dan kajian luar
                       mengikut keperluan mata pelajaran bagi tiga penggal.
                      Penilaian kerja kursus akan dijalankan oleh guru mata pelajaran di sekolah sementara
                       penilaian penuh akan dijalankan oleh MPM.
                      Pentaksiran pencapaian pelajar akan dijalankan pada setiap penggal dan keputusan
                       peperiksaan juga akan dikeluarkan pada setiap penggal, manakala keputusan
                       keseluruhan peperiksaan STPM  berdasarkan gabungan keputusan bagi ketiga-tiga
                       penggal.
                      Satu daripada kelebihan sistem baru ini ialah  pelajar akan dapat mengulangi
                       peperiksaan pertama dan atau kedua dalam penggal ketiga.



                   SYARAT PEMILIHAN
                   PAKEJ MATA PELAJARAN




                 MATA PELAJARAN                                         SYARAT

                                      1.  MEMPUNYAI ASAS PRINSIP PERAKAUNAN PERINGKAT SPM DAN
                                          SEKURANG-KURANGNYA B+ DAN KREDIT MATEMATIK MODEN
                   PERAKAUNAN         2.  TIDAK MEMPUNYAI ASAS PERINGKAT SPM TETAPI MEMPEROLEH
                                          SEKURANG-KURANGNYA A DALAM MATEMATIK MODEN

                                      MEMPEROLEH  SEKURANG-KURANGNYA C DALAM MATEMATIK MODEN
                      EKONOMI

                                      MEMPEROLEH SEKURANG-KURANGNYA C DALAM MATEMATIK TAMBAHAN
                   MATEMATIK M

                                      1.  LULUS SPM DENGAN MENDAPAT SEKURANG-KURANGNYA C DALAM
                                          MATA PELAJARAN SAINS SUKAN/SAINS
                                      2.  KEUTAMAAN KEPADA PELAJAR JURUSAN SAINS DAN YANG MENGAMBIL
                                          SAINS SUKAN SPM
                    SAINS SUKAN
                                      3.  KEUTAMAAN KEPADA PELAJAR YANG AKTIF DALAM SUKAN DAN KOKU-
                                          RIKULUM
                                      4.  SIHAT TUBUH BADAN ATAU BEBAS DARIPADA PENYAKIT


                                      MEMPEROLEH GRED SEKURANG-KURANGNYA B DALAM PENDIDIKAN SENI
                    SENI VISUAL
                                      VISUAL SPM
   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12