Page 9 - BUKU PROGRAM ORIENTASI 2021
P. 9

KOD ETIKA PAKAIAN PELAJAR






























               Mulai  tahun  2015,  pelajar  Prauniversiti  atau  Tingkatan  Enam  telah  dibenarkan  oleh  pihak  kerajaan  untuk
               memakai  pakaian  kasual  atau  pakaian  tradisional  semasa  sesi  persekolahan.  Hal  ini  dilaksanakan  bagi
               menjenamakan semula pengajian Tingkatan Enam dan sebagai kod pakaian baharu Tingkatan Enam.
               Menerusi  Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia Ke-203,  Etika
               Pemakaian Murid Tingkatan Enam yang baharu telah diluluskan pada 21 November 2014. Ianya diselaraskan
               dengan  etika  pemakaian  di  Kolej  Matrikulasi  dan  Pusat  Asasi  Sains.  Oleh  itu,  pelajar  hendaklah  mematuhi
               peraturan etika pemakaian baharu yang telah ditetapkan oleh pihak kementerian.

               ETIKA PEMAKAIAN PELAJAR LELAKI
               1.  Pelajar lelaki dibenarkan memakai baju kemeja yang berwarna cerah atau bercorak belang atau berpetak
                  sahaja. Corak bunga dan rekaan lain tidak dibenarkan.
               2.  Seluar yang dipakai hendaklah mempunyai kepanjangan melebihi buku lali serta tidak ketat.
               3.  Seluar pendek dan seluar jeans tidak dibenarkan sama sekali.
               4.  Panjang tali pinggang yang dihadkan hanya 5 sentimeter sahaja. Lebih panjang daripada itu adalah dilarang.
               5.  Pakaian yang diperbuat daripada bahan denim tidak dibenarkan untuk dipakai ke sekolah.
               6.  Pemakaian kasut dan stoking adalah wajib.
               7.  Dilarang memakai selipar, sandal atau terompah.
               8.  Pelajar  hendaklah  memakai  seluar  panjang  atau  trek  dan  kemeja-T  lengan  panjang  atau  pendek  semasa
                  aktiviti luar.

               ETIKA PEMAKAIAN PELAJAR WANITA
               1.  Pelajar wanita hendaklah memakai baju kurung atau pakaian tradisional.
               2.  Dibenarkan memakai seluar panjang, gaun labuh, skirt melebihi paras lutut, dan blouse berlengan.
               3.  Pakaian ketat tidak dibenarkan.
               4.  Selipar atau sandal tidak dibenarkan. Hanya kasut yang menutupi kaki sahaja dibenarkan.
               5.  Pelajar  hendaklah  memakai  seluar  panjang  atau  trek  dan  kemeja-T  lengan  panjang  atau  pendek  semasa
                  aktiviti luar.
               6.  Pelajar  lelaki  dan  wanita  yang  akan  melanjutkan  pelajaran  dalam  Tingkatan  Enam  hendaklah  mengikuti
                  semua etika pemakaian yang telah ditetapkan oleh kementerian.
   4   5   6   7   8   9   10   11   12