Page 4 - PROGRAM CILIK CERIA
P. 4
KATA-KATA Jamiatun Ahmad, Penolong Kanan HEM, Pn Mastura Omar PK Ko Kurikulum, Pn Siti Nor Hayati Mohamad, Penolong Kanan Petang
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,Yang Berusaha Pn Hajah Jasniza binti Mohamad, Penolong Kanan Pentadbiran, Pn
ALUAN seterusnya datuk, datin, tuan puan yang saya hormati sekalian.
En Ahmad Badli Shah bin Abd Aziz, YDP PIBG SK Setiawangsa, seterusnya datuk, datin, tuan puan yang saya hormati sekalian.
Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Ilahi berkat limpah dan kurniaNYA kita masih diberi peluang untuk meneruskan
agenda kita, menyambut anak-anak murid tahun 1 bagi sesi 2021.
Terlebih dahulu saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada 446 orang murid yang telah terpilih menjadi warga SK
Setiawangsa. Daripada hampir 900 permohonan hanya 446 yang terpilih. Sudah semestinya anak-anak adalah antara yang bertuah.
Masih ada lagi permohonan rayuan tetapi kita hanya mampu menampung seramai 38 orang murid sahaja dalam setiap kelas.
Sebanyak 12 kelas dibuka untuk murid-murid tahun 1. Setiap kelas mengandungi seramai 37 dan 38 orang murid. Apa yang
saya harapkan adalah kerjasama daripada pihak ibu bapa untuk bersama-sama dengan kami memberi sokongan terhadap semua
aktiviti yang dirancang berdasarkan modul-modul yang dibina oleh Bahagian Perkembangan Kurikulum sepanjang tempoh transisi.
Setelah tempoh transisi tamat anak-anak akan meneruskan pembelajaran mereka. Mungkin keadaan jauh berbeza dengan
sebelumnya memandangkan pembelajaran mungkin akan dijalankan secara dalam talian serta luar talian (online dan offline). Bagi
anak-anak tahun 1 ini agak mencabar namun demikian kita harus menerima kenyataan amalan norma baharu dan e-pendidikan bukan
lagi satu pilihan dalam sistem pendidikan masa hadapan.
Apa juga cabarannya harus kita tempohi bersama. Buat masa ini kita hanya dapat berdoa agar keadaan pandemik yang
melanda akan pulih dan anak-anak boleh kembali ke sekolah seperti biasa. Namun jika keadaan masih serupa kami tetap teguh untuk
PUAN NORHAYATI BINTI HARON memberikan pendidikan yang berkualiti kepada anak-anak tuan. Semoga tahun 2021 dapat kita harungi dengan semangat juang yang
GURU BESAR
SK SETIAWANGSA tinggi demi anak yang kita cintai.
Sekolah Berprestasi Tinggi
Sekian, terima kasih.

