Page 6 - PROGRAM CILIK CERIA
P. 6
SK Setiawangsa merupakan sebuah sekolah bantuan penuh kerajaan yang terletak di Jalan Setiawangsa 13, Taman Setiawangsa, Kuala Lumpur.
Terletak dalam kawasan perumahan dan berhampiran dengan Balai Polis Setiawangsa. Dibina di atas tanah seluas 5.27 hektar, siap dibina
pada 21 Februari 1992.
SK Setiawangsa mula beroperasi pada 22 Jun 1993 dengan 593 orang murid, 22 orang guru dan 3 orang Anggota Kumpulan Pelaksana(AKP).
Pada ketika itu sekolah ini memiliki 3 blok bangunan termasuk kantin sekolah. SK Setiawangsa telah dianugerahkan Sekolah Harapan Negara
(2002) Sekolah Cemerlang Kategori Bandar (2007), Sekolah Kluster Kecemerlangan (2008) dan Sekolah Berprestasi Tinggi (2011).
Kini SK Setiawangsa memiliki 7 blok bangunan bagi menampung 2320 orang murid, 128 orang guru dan 7 orang AKP. Sehingga tahun 2021,sekolah
ini telah diterajui oleh 6 orang Guru Besar. Guru Besar pertama SK Setiawangsa ialah Tn Haji Mohammad bin Mohd Noor manakala Guru
Besar keenam iaitu yang terkini ialah Pn Norhayati binti Haron.
Seramai lima orang Yang DiPertua PIBG (YDP) telah menerajui Persatuan Ibu bapa dan Guru sejak sekolah ini ditubuhkan. YDP yang pertama ialah
Ir Tajuddin bin Ibrahim manakala YDP ke-5 ialah En Ahmad Badli Shah bin Abd Aziz.
SEPINTAS LALU

