Page 173 - MySG Sekolah Rendah KPM
P. 173

166






                     2.    Memastikan  setiap  sen  yang  dibelanjakan  memberi  impak  yang  tinggi  dengan
                           membuat anggaran perbelanjaan tahunan untuk setiap program kecemerlangan.
                     3.    Menyelia  dan  membuat  pemantauan  setiap  program  dilaksanakan  dengan
                           sempurnanya dan berkesannya.

                     4.    Menyediakan  pelan  intervensi  mengikut  keperluan  sekolah  bagi  penambahbaikan
                           program kecemerlangan.

               (C)   TAKWIM DAN BUKU PENGURUSAN SEKOLAH
                     1.    Menyediakan takwim dan buku pengurusan sekolah sebagai panduan pengoperasian
                           tahunan.
                     2.    Mengadakan mesyuarat pengurusan sekolah  tugas bagi jawatankuasa kerja.
                     3.    Mendapatkan  maklumat  berkaitan dengan  takwim  sekolah  seperti  jadual
                           peperiksaan, aktiviti kurikulum, kokurikulum dan hal ehwal murid.

                     4.    Mendapatkan takwim induk program dari KPM, JPN dan PPD untuk digunakan dan
                           diselaraskan  bagi tahun berkenaan.
                     5.    Menyelaraskan  secara  seimbang  senarai  agihan  tugas  kepada  guru-guru  dan
                           kakitangan  sekolah  mengikut  kompetensi/kepakaran/kesesuaian  guru  dan
                           kakitangan.
                     6.    Melakukan proses penyuntingan, pemurnian bahan-bahan dan percetakan.
                     7.    Penyebaran/pengedaran takwim sekolah kepada guru dan kakitangan.


               (D)   PENYELENGARAAN FIZIKAL
                           RUJUKAN
                          i.     Bahagian Pengurusan Aset KPM: Garis Panduan Pengurusan Sumbangan Bantuan
                              Penyelenggaraan Bantuan Kerajaan
                          ii.     Bahagian Pengurusan Aset KPM: Garis Panduan Peruntukan Penyelenggaraan Sekolah
                              Bantuan Kerajaan Tahun 2020


                     1.    Menyenaraikan semua barangan yang  dikategorikan dalam inventori sekolah dan
                           mengisi pengesahan lokasi peralatan.
                     2.    Mendapatkan  maklumat  daripada  kelas  dan  bilik  khas  peralatan  baru  yang
                           dibekalkan.

               (E)  PENGURUSAN BILIK KHAS
                     1.    Menyediakan buku rekod penggunaan.
                     2.    Menyediakan buku rekod lawatan dan penyeliaan (jika berkaitan).
                     3.    Menggalakkan penggunaan bilik dengan aktiviti yang bersesuaian.

                     4.    Memastikan bilik sentiasa berkunci apabila tidak digunakan.
   168   169   170   171   172   173   174   175   176   177   178