Page 176 - MySG Sekolah Rendah KPM
P. 176

169






                           b.   Laporan kewangan (Jika ada)
                           c.   Gambar-gambar program
                           d.   Kertas kerja
                           e.   Lampiran berkaitan seperti kad jemputan, sijil, buku program dan lain-lain

                     2.    Memastikan  papan  kenyataan  setiap  unit  dikemas  kini  dengan  info  dan  gambar
                           terkini secara berkala oleh unit-unit berkenaan.

               (J)   KONTRAK KESELAMATAN DAN KEBERSIHAN
                              RUJUKAN
                          i.     Surat  Pekeliling  Perkhidmatan  Pendidikan  Bilangan  3/2013:  Garis  Panduan  Pelaksanaan
                              Bangunan dan Kawasan   Keselamatan Kementerian Pendidikan Malaysia.
                          ii.     Surat BPPA no ruj. KPM 400-10/8/7Jld.16(3) bertarikh 30 Januari 2017: Borang Pengesahan
                              Pelaksanaan Kerja bagi Perkhidmatan Kebersihan Bangunan dan Kawasan (KBK) di Institusi
                              Pendidikan/Sekolah di bawah KPM.
                         iii.     Pekeliling Perolehan Bilangan 2 Tahun 2019: Garis Panduan Penggunaan Borang Pengesahan
                              Pelaksanaan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan (PKK) di Institusi Pendidikan/Sekolah di
                              bawah KPM.

                     1.    Memastikan  syarikat/kontraktor  mematuhi  syarat-syarat  dan  terma  perjanjian/
                           kontrak.
                     2.    Melaksanakan  pemantauan,  pemeriksaan  serta  penilaian  keselamatan  dan

                           kebersihan sekolah.
                     3.    Membantu GPK HEM menyediakan laporan mengikut keperluan.

               (K)  BILIK KEBAL (bagi sekolah yang berkenaan)
                     RUJUKAN
                      i.     Panduan Pengurusan Pusat Peperiksaan Bertulis Kementerian Pendidikan Malaysia

                     1.    Kunci  pagar,  ruang  kerja  dan  kunci  bilik  kebal  disimpan  di  dalam  almari  besi
                           berpalang dan berkunci di bilik hingga hari akhir peperiksaan.

                     2.    PGB hendaklah menyerahkan kunci pagar, ruang kerja dan kunci pintu bilik kebal
                           kepada  penyelia/ketua  pengawas  peperiksaan  PPD  pada  setiap  pagi  hari
                           peperiksaan.
                     3.    Penyimpanan  dan  penyerahan  kunci  kepada  penyelia  penilaian  dan  peperiksaan
                           PPD hendaklah direkodkan dalam buku rekod bilik kebal. Buku tersebut mestilah
                           disimpan di pejabat sekolah.
                     4.    Setelah tamat peperiksaan buku rekod itu hendaklah diserahkan kepada penyelia

                           penilaian dan peperiksaan PPD untuk diserahkan kepada Ketua Penolong Pengarah
                           Kanan Sektor Peperiksaan, Sektor Pengurusan dan Penilaian, JPN.
   171   172   173   174   175   176   177   178   179   180   181