Page 40 - MySG Sekolah Rendah KPM
P. 40

39



               1.4  KOMPLEKSITI TUGAS PENJAWAT AWAM DI SEKOLAH

                      (PPP DAN AKP)


                      Tugas-tugas PPP dan AKP di sekolah boleh dikelompokkan kepada empat (4) kategori
                      iaitu tugas utama, tugas sampingan/sokongan, tugas tambahan dan tugas ad hoc.


                      1.4.1     Tugas  Utama  bermaksud  tugas  dan  tanggungjawab  hakiki  seperti  yang
                                disenaraikan  dalam  Akauntabiliti  Deskripsi  Tugas  myPortfolio.  Penyataan
                                tugas utama boleh dirujuk dalam senarai tugas Portfolio Berjawatan (H) pada
                                Bab 2.1.

                      1.4.2     Tugas  Sampingan/Sokongan  iaitu  tugas  dan  tanggungjawab  yang  tidak

                                disenaraikan  dalam  Akauntabiliti  Deskripsi  Tugas  myPortfolio.  Penyataan
                                tugas sampingan/sokongan boleh dirujuk dalam senarai tugas Portfolio Tanpa
                                Jawatan (P) pada Bab 2.2 dan Jawatankuasa (J) pada Bab 3.

                      1.4.3     Tugas Tambahan  merupakan  sumbangan  profesional  di  luar  sekolah  yang
                                memerlukan komitmen berterusan melibatkan peringkat KPM, JPN dan PPD
                                serta agensi luar KPM seperti Pentaksir Kawasan, Pengerusi Teknik, Jurulatih
                                Utama dan lain-lain.


                      1.4.4     Tugas  ad  hoc  ialah  tugas  dan  tanggungjawab  bersifat  penting  dan  segera
                                yang  diterima  dari  semasa  ke  semasa  merangkumi  tugas  utama,  tugas
                                sampingan/sokongan dan tugas tambahan.
   35   36   37   38   39   40   41   42   43   44   45