Page 45 - MySG Sekolah Rendah KPM
P. 45

44





                     1.5.5   Bilangan  minggu  bekerja  penjawat  awam  dalam  setahun  ialah  52  minggu,
                             manakala  bilangan  minggu  persekolahan  dalam  setahun  ialah  43  minggu  dan
                             sembilan  (9)  minggu  lagi  diperuntukkan  untuk  cuti  sekolah.  Pada  masa  cuti
                             sekolah, PGB boleh mengarahkan guru datang bertugas tidak melebihi separuh
                             daripada  jumlah  cuti  persekolahan.  Perbezaan  minggu  bekerja  ini  juga
                             menyebabkan  guru  tidak  layak  mendapat  Cuti  Rehat  sebaliknya  digantikan
                             dengan Cuti Rehat Khas sebanyak sepuluh (10) hari setahun.


                     1.5.6   Waktu bekerja rasmi guru adalah waktu bekerja yang kehadiran mereka diambil
                             kira dalam Rekod Perkhidmatan sama ada bekerja di sekolah atau di luar sekolah.
                             Penetapan waktu bekerja rasmi guru di sekolah ditentukan oleh pihak pentadbir
                             merangkumi perkara-perkara berikut:
                                (1)   Waktu Persekolahan
                                (2)   Waktu Kokurikulum
                                (3)   Arahan Semasa Pentadbir
                                         a.   Selain waktu persekolahan dan kokurikulum

                                         b.   Semasa cuti penggal (tidak melebihi separuh cuti persekolahan)
                                         c.   Hari Sabtu (tidak melebihi 2 kali sebulan)

                     1.5.7   Merujuk kepada para 1.5.6(1) di atas, PGB boleh menetapkan waktu masuk dan
                             keluar guru pada hari persekolahan dan menetapkan bilangan waktu mengajar
                             guru seminggu.


                     1.5.8   Merujuk  kepada  para  1.5.6(3)  di  atas,  PGB  hendaklah  mengeluarkan  arahan
                             bertulis  dan  merekodkan  kehadiran  guru  yang berkenaan  dengan memastikan
                             penetapan waktu bekerja 45 jam seminggu dipatuhi.
   40   41   42   43   44   45   46   47   48   49   50