Page 46 - MySG Sekolah Rendah KPM
P. 46

45



              1.6     CARTA  ORGANISASI  DAN  CARTA  PELAKSANA  KOMPONEN

                      PENGURUSAN SEKOLAH RENDAH KPM


                      Pelaksana komponen pengurusan sekolah rendah terdiri daripada PPP dan AKP seperti
                      berikut:

                       (a)  Portfolio Berjawatan (H)
                       (b)  Portfolio Tanpa Jawatan (P)
                       (c)   Jawatankuasa (J)

                      Berdasarkan  pembahagian  tersebut,  carta  pengurusan  sekolah  rendah  boleh
                      distrukturkan seperti berikut:


                      (a)   Carta  Organisasi  Pengurusan  Sekolah  Rendah  (COPSR)  iaitu  carta  yang
                            distrukturkan berdasarkan tier/hierarki perjawatan; dan
                      (b)   Carta Pelaksana Komponen Pengurusan Sekolah Rendah (CPKPSR) iaitu carta
                            yang distrukturkan berdasarkan empat (4) komponen utama pengurusan sekolah.

                      Terdapat lima (5) COPSR berdasarkan kelulusan perjawatan di sekolah iaitu:


                             i.    COPSR bagi SK/SJK(C)/SJK(T)/SABKR seperti Rajah 2;
                            ii.    COPSR bagi Sekolah Rendah Pendidikan Khas seperti Rajah 3;
                            iii.    COPSR bagi Sekolah Model Khas Komprehensif K9 seperti Rajah 4;
                            iv.    COPSR bagi Sekolah Kurang Murid Gred A seperti Rajah 5; dan
                            v.     COPSR bagi Sekolah Kurang Murid Gred B seperti Rajah 6.

                      Manakala hanya satu (1) sahaja CPKPSR bagi sekolah rendah seperti Rajah 7.


                      Pengurusan  sekolah  hendaklah  menyusun  semula  struktur  organisasi  sekolah  seperti
                      yang dicadangkan.
   41   42   43   44   45   46   47   48   49   50   51