Page 60 - MySG Sekolah Rendah KPM
P. 60

53





                    BAB 2 : PERINCIAN TUGAS PORTFOLIO BERJAWATAN DAN


                       PORTFOLIO TANPA JAWATAN SEKOLAH RENDAH KPM



                  Bab  2  menjelaskan  senarai  tugas/perincian  tugas  bagi  setiap  Portfolio  Berjawatan  dan

                  Portfolio Tanpa Jawatan yang diwujudkan di Sekolah Rendah KPM.

                  Portfolio Berjawatan di sekolah boleh dikategorikan kepada empat (4) kumpulan berdasarkan
                  kluster kompetensi perjawatan iaitu:

                  a)     Pengajaran dan Pentadbiran (PTA)
                         PPP yang terlibat dalam pengajaran serta pentadbiran
                  b)     Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)
                         PPP yang terlibat dalam pengajaran dan pembelajaran
                  c)     Pengurusan dan Pentadbiran (PTB-GBK)
                         PPP yang terlibat dalam pengurusan dan pentadbiran
                  d)     Pengurusan dan Pentadbiran (PTB-AKP)

                         AKP yang terlibat dalam pengurusan dan pentadbiran

                  Portfolio  Tanpa  Jawatan  di  sekolah  boleh  dikategorikan  kepada  empat  (4)  komponen
                  berdasarkan bidang pengurusan sekolah iaitu:
                  a)     Komponen Pengurusan dan Pentadbiran
                  b)     Komponen Kurikulum
                  c)     Komponen Hal Ehwal Murid
                  d)     Komponen Kokurikulum

                  Semua Portfolio Berjawatan dan Portfolio Tanpa Jawatan mempunyai senarai tugas/perincian

                  tugas  masing-masing.  Namun  begitu  bagi  portfolio  berjawatan  kategori  Pengajaran  dan
                  Pentadbiran (PTA) serta portfolio berjawatan kategori Pengajaran dan Pembelajaran (PdP);
                  kedua-dua  kategori  portfolio  ini  mempunyai  Tugas  Utama  (Umum)  dan  Tugas  Utama

                  (Khusus) seperti berikut:

                   a)    Tugas Utama (Umum)
                         Akauntabiliti yang dikongsi dan dipertanggungjawabkan kepada beberapa jawatan pada
                         tier yang sama.

                   b)    Tugas Utama (Khusus)
                         Akauntabiliti  yang  dipertanggungjawabkan  khusus  kepada  jawatan/kluster  jawatan
                         tertentu sahaja.
   55   56   57   58   59   60   61   62   63   64   65