Page 65 - MySG Sekolah Rendah KPM
P. 65

58






                     Bidang 8:  Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia
                     Bidang  ini  menyenaraikan  kompetensi  dan  tanggungjawab  PGB  dalam  mewujudkan
                     pengurusan  pembangunan  sumber  manusia  yang  cekap,  berkesan  serta  secara
                     berterusan bagi meningkatkan tahap profesionalisme staf untuk memajukan sekolah.


                     Bidang 9:   Pengurusan Perhubungan Luar
                     Bidang  ini  menghuraikan  kompetensi  dan  tanggungjawab  PGB  sekolah  untuk  menjalin
                     hubungan  baik  dengan  ibu  bapa/penjaga,  pihak  luar  dan  komuniti  setempat.  PGB
                     hendaklah  berusaha  melibatkan  mereka  dalam  perkongsian  pintar  bagi  meningkatkan
                     prestasi murid.

               (B)  BIDANG TUGAS


                     1.     Bertanggungjawab  dalam  peningkatan  kurikulum  dan  kokurikulum  serta
                            memastikan pelaksanaannya selaras dengan dasar KPM.
                     2.     Bertanggungjawab dalam hal pengurusan, pentadbiran dan kewangan sekolah.
                     3.     Mewujudkan hubungan dua hala dengan komuniti dan agensi-agensi luar.
                     4.     Mengajar  sebilangan  waktu  mengikut  pekeliling  3/67  1982  (Pindaan),  iaitu
                            sekurang-kurangnya lima (5) waktu seminggu bagi jadual 30 minit satu (1) waktu.


               (C)  SENARAI TUGAS

                     (1)   PENGURUS KURIKULUM – KERJA IKHTISAS
                           1.1     Memastikan  dasar  kurikulum  sekolah  berlandaskan  Dasar  Pendidikan
                                   Kebangsaan,  kurikulum  kebangsaan,  kurikulum  yang  diiktiraf  oleh  KPM,
                                   undang-undang      dan    peraturan-peraturan   yang    berkaitan   serta
                                   perkembangan terkini.
                           1.2     Menyelia dan mengawalselia pelaksanaan kurikulum selaras dengan polisi
                                   KPM.

                           1.3     Menentukan  sasaran  sekolah,  merancang  peningkatan  pengajaran  dan
                                   pembelajaran.
                           1.4     Memastikan guru mengajar berpandukan sukatan pelajaran dan rancangan
                                   pelajaran mengikut peruntukan waktu yang ditetapkan.
                           1.5     Menentukan kualiti dan kuantiti kerja murid serta pemeriksaan buku murid.
                           1.6     Menentukan  polisi-polisi  mengenai  pentaksiran  dan  peperiksaan
                                   dilaksanakan.    Data-data   analisis   peperiksaan    digunakan    untuk

                                   perancangan dan tindakan susulan.
                           1.7     Menyelia dan mencerap proses pengajaran dan pembelajaran (PdP).
   60   61   62   63   64   65   66   67   68   69   70