Page 134 - BUKU PENGURUSAN 2020
P. 134

SKOP TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB GURU BERTUGAS 2020

                   1.  Guru bertugas hendaklah hadir  ke sekolah  10  minit sebelum sesi persekolahan bermula  bagi
                       memastikan tugas  berjalan lancar.
                   2.  Pada  setiap  minggu  seramai  4  orang  guru  bertugas      bagi  setiap  sesi  bertujuan    untuk
                       membantu pengurusan sekolah meliputi aspek-aspek :


                       2.1 Pengurusan Am
                              •   Melengkapkan laporan bertugas harian yang meliputi :
                                     •  Buku Catatan Ucapan
                                     •  Pesanan  Perhimpunan Harian dan Mingguan .
                                     •  Buku Laporan Guru Bertugas Mingguan .
                                     •  Mengakses dan melaporkan secara atas talian di ‘One Stop Data Centre’
                                         menggunakan komputer di dalam Bilik Hem.
                              •   Menyediakan  dan  menyampaikan  laporan  pada  masa  perhimpunan  rasmi
                                  minggu berikutnya.


                       2.2 Pengurusan Kantin
                              •  Guru bertanggungjawab  mengawasi keadaan kantin pada setiap waktu rehat.
                                 Aspek  tugasan merangkumi kebersihan kantin, kekemasan  papan kenyataan di
                                 kantin dan kawalan pelajar pada waktu rehat.
                              •  Memaklumkan aduan pelajar kepada Jawatankuasa Kantin Sekolah.


                       2.3 Pengurusan Kebajikan dan Kesihatan Pelajar
                              •  Mendapatkan maklumat pelajar hadir lewat daripada Unit Disiplin melalui Rekod
                                 Kehadiran Lewat.
                              •  Mengurus  rawatan  pelajar  yang  sakit    dengan  menghubungi  ibu  bapa  atau
                                 penjaga pelajar.
                              •  Mendapatkan surat kebenaran menerima rawatan  dari pejabat sekolah
                                 dan merekodkan nama murid yang menerima rawatan


                       2.4 Pengurusan Perhimpunan Pagi (Isnin -  Khamis)
                              •  Memastikan program bacaan Al-Mathurat  berjalan lancar sementara menunggu
                                 perhimpunan  pagi bermula ( sesi pagi sahaja)
                              •  Memastikan  pengendalian  perhimpunan  pagi  di  dataran  kejat  tepat  pada  jam
                                 7.10 pagi dan 12.40 tengah hari untuk sesi petang berjalan dengan lancar.
                              •  Menyampaikan pengumuman.
                              •  Mengingatkan  pelajar  tentang  tatacara  perhimpunan  yang  rutin  sebelum
                                 perhimpunan bermula


















                                                           134
   129   130   131   132   133   134   135   136   137   138   139