Page 12 - ANUGERAH RAMBU PKK-LAPORAN FULL
P. 12

Majlis  Penganugerahan  Anugerah  Ketua  Pesuruhjaya  Negeri


               (Rambu  Pengakap  Kanak-Kanak)  Peringkat  Negeri  Pulau  Pinang  bagi


               Tahun 2019 ini telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato Ir. Haji


               Ahmad Zakiyuddin Bin Abdul Rahman, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau


               Pinang  merangkap  Adun  Pinang  Tunggal.  Dalam  pada  itu,  turut  hadir


               bersama  dalam  majlis  ini  ialah    Tuan  Haji  Zulkafli  Bin  Kamaruddin,


               Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Pulau Pinang dan Encik Heng Soo


               Peng, Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Pulau Pinang.



                       Memetik  ucapan  aluan  yang  telah  disampaikan  oleh  Tuan  Haji


               Zulkafli  Bin  Kamaruddin,  Ketua  Pesuruhjaya  Pengakap  Negeri  Pulau


               Pinang,  beliau  merakamkan  setinggi-tinggi  penghargaan  dan  terima



               kasih  kepada  semua  yang  terlibat  dalam  menjayakan  program  Kem


               Penilaian Anugerah Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Pulau Pinang


               (Anugerah  Rambu  Pengakap  Kanak-Kanak)  yang  telah  diadakan


               selama 3 hari 2 malam di SMK Bertam Perdana, Kepala Batas pada 22-


               24  Mac  2019.  Kesungguhan  dan  komitmen  yang  ditunjukkan  oleh


               semua  pihak  termasuk  ibu  bapa,  pihak  sekolah  serta  barisan


               jawatankuasa  Pengakap  haruslah  diberi  penghargaan.  Beliau  turut


               memanjatkan  rasa  kesyukuran  dan  bangga  dengan  pencapaian  ahli


               PKK kerana peningkatan jumlah penerima Anugerah Rambu PKK pada


               tahun 2019.
   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17