Page 13 - ANUGERAH RAMBU PKK-LAPORAN FULL
P. 13
Dalam pada itu, majlis kali ini juga turut diserikan dengan
persembahan Keyboard Orchestra oleh ahli-ahli Pengakap dari Sekolah
Kebangsaan Pinang Tunggal. Kumpulan ini telah menerima pelbagai
pencapaian di peringkat daerah, negeri dan juga kebangsaan. Malah,
pasukan ini pernah terlibat di peringkat antarabangsa. Kehadiran
kumpulan ini sedikit sebanyak telah menghiburkan hadirin yang hadir
dan menambahkan keceriaan majlis.
Sebagai rumusan, Majlis Penganugerahan Anugerah Ketua
Pesuruhjaya Negeri (Rambu Pengakap Kanak-Kanak) Peringkat Negeri
Pulau Pinang bagi Tahun 2019 telah berjalan dengan lancar dan
mencapai objektif. Kejayaan ini adalah hasil daripada kerjasama dan
komitmen semua pihak serta perancangan yang rapi serta kerja
berpasukan. Diharapkan pada masa akan datang, jumlah penerima
Anugerah Ketua Pesuruhjaya Negeri (Rambu Pengakap Kanak-Kanak)
akan makin bertambah dari semasa ke semasa. Semoga Persekutuan
Pengakap Malaysia Negeri Pulau Pinang terus maju dipersada dunia
pada tahun-tahun akan datang.

