Page 5 - LENSA KOOOOOOO
P. 5
ALUAN
KO-KEWARTAWANAN
PENERAJU UTAMA LENSA KO
Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera,
Mahasiswa dan mahasiswi yang mengambil kursus-kursus
kokurikulum tampil mengadakan pelbagai program dan aktiviti
untuk mengharumkan nama Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Komitmen ini disokong kuat oleh Pusat Kokurikulum Universiti
Pendidikan Sultan Idris yang diterajui pengarahnya, Dr Asmadi
Ishak. Peruntukkan kewangan dan peralatan telah banyak
disumbangkan demi menjayakan program-program yang dirancang
di dalam kursus-kursus kokurikulum yang ditawarkan.
Bertepatan dengan komitmen ini, Pusat Ko sekali lagi tampil
menerbitkan buletin Lensa Ko untuk menterjemahkan segala berita
dan program-program anjuran Pusat Ko dalam bentuk naskah
grafik. Sebagai makluman, buletin ini merupakan buletin pertama
yang diterbitkan dengan kerjasama pelajar Ko-Kewartawanan
UPSI. Ia terdiri daripada 40 berita berkisarkan pengurusan dan
pentadbiran, mesyuarat, lawatan luaran dan dalaman serta
program-program anjuran pelajar kursus di bawah Pusat Ko.
Besarlah cita-cita kami ingin melihat buletin ini menarik minat
pembaca dan bermanfaat untuk dijadikan rujukan untuk tugasan
ilmiah dan sebagainya. Tahniah Pusat Kokurikulum UPSI dan
semua yang telibat dalam projek penerbitan buletin ini. Semoga ia
menjadi satu titik permulaan ke arah pengasilan buletin yang
bermakna malah merentas pelbagai sasaran pembaca.
Amirul Mohd Yusof
Editor Lensa KO

