Page 8 - LENSA KOOOOOOO
P. 8

KOKURIKULUM: PEMANGKIN KEMAHIRAN INSANIAH

                                                          Oleh:

                                                     Asmadi Ishak
                                                   Md Amin Md taff

                                             Mohamad Ali Roshidi Ahmad

                                                   Naida Hazni Khalil


               Kokurikulum  di  peringkat  pengajian  tinggi  adalah  pelengkap  kepada  kurikulum  yang

               ditawarkan  dalam  bidang  pengajian  teras.  Kini,  hampir  keseluruhan  program  akdemik  di
               Universiti  Awam  mewajibkan  pelajarnya  mengambil  kursus  kokurikulum  sebagai  kursus

               teras  Universiti.  Universiti  Pendidikan  Sultan  Idris  (UPSI)  mewajibkan  pelajar
               ISMP/ISM/Diploma mengambil kursus kokurikulum sebagai syarat wajib untuk bergraduat.

               Kursus  kokurikulum  menjadi  sebahagian  daripada  kitaran  kurikulum  yang  menekankan
               kepada  aspek  domain  kognitif,  afektif  dam  psikomotor.  Penekanan  kepada  komponen

               tersebut adalah sangat penting bagi pembentukan modal insan bagi pembangunan sesebuah

               Negara maju menjelang tahun 2020 dan dikukuhkan lagi dengan Transformasi Nasional tahun
               2050 (TN50). Selari dengan itu, kursus kokurikulum telah dirancang bagi menerapkan kriteria

               khusus  untuk  pembangunan  kemahiran  insaniah  yang  merupakan  komponen  penting  bagi
               pembentukan modal insan secara holistik.


               Kementerian Pendidikan tinggi (KPT) telah memperkenalkan lapan teras utama kokurikulum

               iaitu Teras kepimpinan, keusahawanan, sukan, kebudayaan, pengucapan awam, daya usaha
               dan  inovasi,  khidmat  komuniti  dan  kesukarelawan.  Penerapan  kemahiran  insaniah  dalam

               kursus  kokurikulum  ini  bertepatan  dengan  dasar  yang  digariskan  dibawah  Pelan  Strategik
               Pengajian Tinggi Negara (SSPTN). Tambahan lagi, pembangunan sahsiah setiap pelajar di

               Universiti  Awam  Malaysia  dapat  dilaksanakan  melalui  kursus  korurikulum  dengan
               berdasarkan  lapan  domain  hasil  pembelajaran  yang  ditetapkan  oleh  kerangka  kelayakan

               Malaysia (MQA) iaitu; (1) Pengetahuan, (2) kemahiran praktikal, (3) kemahiran sosial dan

               tangungjawab,  (4)  nilai,sikap  dan  profesional,  (5)  komunikasi,  kepimpinan  dan  kerja
               berpasukan, (6) penyelesaian masalah dan kemahiran saintifik, (7) kemahiran pembelajaran

               sepanjang hayat dan (8) keusahawanan. Sementara itu, UPSI telah mengkategorikan kursus
               kokurikulum kepada tiga komponen iaitu (1) Unit badan beruniform, (2) kelab dan Persatuan

               dan (3) Sukan dan permainan, ianya adalah selari dengan dasar yang telah ditetapkan oleh
   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13