Page 36 - MESYUARAT AGUNG PIBG 2021 KALI KE 38
P. 36

2.LAPORAN PENOLONG KANAN PENTADBIRAN


               1. Pada tahun 2020  sekolah dibuka pada awal Januari sehingga Mac 2020, namun sekolah ditutup berikutan

               pendemik Covid 19 dengan arahan Kawalan Pergerakan bermula 18 Mac 2020.  Sepanjang tempoh 3 bulan
               pertama 2020 persekolahan berjalan seperti biasa dengan pelbagai program pengukuhan akademik dan

               pentadbiran dilaksanakan.  Proses pengukuhan  dan pemantapan akademik juga turut mendapat bimbingan
               dari SiC+ PPD Kota Bharu  iaitu Pn. Farhanah Lee Abdullah selaku pegawai yang ditugaskan sebagai mentor

               SK.  Desa  Pahlawan.    Berikutan  daripada  itu  pemantapan  dan  pemerkasaan  panitia  terutama  bagi
               matapelajaran  kritikal  telah  mendapat  kerjasama  padu  dari  ketua-ketua  panitia  matapelajaran  dan

               jawatankuasa panitia.


               2.  Dalam tempoh sekolah ditutup, PdPR dilaksanakan bermula Jun dengan berdasarkan format Jadual PdPR

               1.0.  Semua guru melaksanakan PdPR  1.0 dan dalam masa yang sama proses buka sekolah telahpun
               bermula disamping membuat persediaan menerima kehadiran murid secara berperingkat bermula Julai 2020

               berdasarkan pematuhan SOP Panduan Pelaksanaan Buka Sekolah 2020.


               3.    Sebelum  penerimaan  murid  secara  berperingkat  pengurusan  kurikulum  dan  pentadbiran  telah

               melaksanakan rehearsal atau latihan menerima murid yang melibatkan semua guru dan pentadbir  bagi
               memastikan pada hari sekolah dibuka ia  berlangsung dengan lebih sempurna.  SK. Desa Pahlawan juga

               menerima mandat untuk menjadi tuan rumah rehearsal penerimaan murid Prasekolah Peringkat QIT Pangkal

               Kalong Dan QIT Melor sebelum  prasekolah dibuka.


               4. Dalam proses persediaan buka sekolah pelbagai perkara dilaksanakan oleh guru dan pihak pengurusan
               bagi  memastikan  keselamatan  dan  keselesaan  murid  terjamin  antaranya  dengan  selain  dari  kebersihan

               dengan semua lokasi disanitize dengan cecair nyah kuman, pengurusan pentadbiran dan kurikulum turut
               menyediakan ruang belajar yang selaras dengan SOP dan laluan penjarakan di semua lokasi sekolah.



               5. Pengurusan Kurikulum juga menyediakan jadual pembelajaran yang lebih fleksible kerana guru bukan
               sekadar diberi minit  mengajar di dalam kelas malah perlu bertugas di semua lokasi khususnya menerima

               kedatangan murid pada awal pagi dengan pematuhan SOP, waktu rehat dan waktu pulang dan semua guru
               berada  di  lokasi  yang  ditetapkan  bagi  memastikan  murid  dapat  mematuhi  SOP  penjarakan  untuk

               mengelakkan penularan penyakit berjangkit.







                                                                                                           36

                                                                                                                   36
   31   32   33   34   35   36   37   38   39   40   41