Page 37 - MESYUARAT AGUNG PIBG 2021 KALI KE 38
P. 37
6. Pada awal November 2020 Unit Pengurusan Latihan Kecemerlangan dan Penilaian Sekolah bersedia
untuk melaksanakan Latihan Kecemerlangan Akhir Tahun atau UPAT yang melibatkan semua murid tahun
1- tahun 6, namun hanya kertas Bahasa Melayu sahaja yang dapat ditanda oleh murid tahap 2 dan kemudian
sekolah kembali ditutup pada 08 November 2020 berikutan penularan kembali Covid 19 dan Perintah
Kawalan Pergerakan Bersyarat berkuatkuasa
7. Sepanjang November dan sehingga cuti sekolah akhir tahun yang bermula pertengahan Disember 2020
guru-guru dan murid melaksanakan proses pembelajaran secara PdPR 1.0. Penilaian PBD (Pentaksiran
Blilik Darjah) dilaksanakan bagi memastikan prestasi murid dapat dinilai dan sentiasa diberi nilai tambah
baik.
8. PdPR (Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah) diteruskan lagi sehingga tarikh buka sekolah yang
dijadualkan 20 Januari 2021 berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat Covid 19 dengan
pelaksanaan Jadual PdPR 1.0. Walaubagaimanapun segala keperluan buka sekolah murid untuk sesi 2021
seperti buku teks, alatan tulis serta penempatan murid dapat diselenggara dengan jayanya oleh unit-unit
terbabit yang melibatkan kerjasama semua guru dan pentadbiran bagi memastikan keperluan pembelajaran
murid dapat dipenuhi.
9. Pada 01 Mac 2021 sekolah menerima murid prasekolah dan murid tahun 1 & 2 dan pada 8 Mac sekolah
dibuka sepenuhnya melibatkan murid prasekolah sehingga murid tahun 6.
10. Pematuhan SOP yang lebih ketat serta penjadualan belajar yang lebih tersusun digunapakai dengan
sentiasa ditambah baik terutamanya proses menerima kedatangan murid dan waktu pulang murid yang
dilaksanakan berperingkat dan secara drive thru. Meskipun pada peringkat awal agak sukar namun ia dapat
dilaksanakan dengan lebih sempurna setelah sentiasa diberi penambahbaikan dan mendapat kerjasama
yang cukup baik daripada ibubapa.
11. Setelah melalui pembelajaran bersemuka selama 1 bulan 15 hari bermula awal Mac 2021 sekolah
kembali ditutup pada 18 April 2021 dan sehingga kini PdPR dilaksanakan.
12. Dalam tempoh tersebut penambahbaikan penjadualan PdPR sentiasa ditambah baik dan guru-guru
memberi komitmen yang tinggi terhadap PdPR dengan melaksanakan PdPR berdasarkan kreativiti masing-
37
37

