Page 73 - INFO eSTAGKITA
P. 73

PERATURAN UMUM SMK SERI TANJONG


          A.  Kehadiran Murid Ke Sekolah


       1. Murid perlu hadir ke sekolah sebelum pukul 7.15

           pagi dan berkumpul di padang mengikut kelas

           masing-masing.
       2. Semua murid dilarang berada dalam bilik, kelas

           atau bangunan sekolah sebelum jam 7.40 pagi

           atau sebelum tamat perhimpunan pagi. Semua
           murid wajib sampai ke sekolah selewat-lewatnya

           pada jam 7.40 pagi.

       3. Tindakan yang akan dikenakan oleh Badan Disiplin
           dan Pengawas sekolah kepada murid yang lewat

           melebihi 7.40 pagi: 3 kali lewat-Amaran 1, 3 kali

           berikutnya –Amaran Keras dan melebihi 6 kali

           lewat- Gantung Sekolah.
       4. Murid           yang          tidak        hadir         ke       sekolah           perlu

           mendapatkan sijil cuti sakit daripada doktor dan

           menyerahkan kepada guru tingkatan. Surat dari ibu
           bapa / penjaga dianggap sebagai pemberitahuan

           sahaja              kecuali             kes           kecemasan                    yang

           dipertimbangkan oleh pengetua. Ketidakhadiran ke

           sekolah tanpa sebab dan maklumat ditakrif sebagai
           ponteng sekolah.

       5. Pelaksanaan tindakan untuk murid ponteng sekolah

           adalah mengikut prosedur yang telah ditetapkan
           oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
   68   69   70   71   72   73   74   75   76   77   78